Sunday, 19 February 2012

Muffin Oat Pisang



Saya baru perasan yang saya tak letak lagi resepi muffin untuk orang yang diet. Ye ke resepi diet???

Muffin Oat Pisang
Resepi oleh lilly dapurdriyadh.blogspot

Bahan-bahan:
1 cawan gula kastor
1 cawan (130 gram) tepung serbaguna
1 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
1/4 tsp garam
1 biji telur size L
1 cawan pisang yg dilenyek (lebih kurang 3 biji pisang size sederhana)
1 1/2 cawan oats
1/2 cawan susu segar or long life
1/4 cawan (60 ml) minyak jagung
1 tsp vanila
1/2 cawan choc chips

Cara-caranya:

Panaskan oven 170 degree C.

Didalam satu bekas, pukul telur bersama gula. Masukkan susu, minyak dan esen vanila. Kacau sebati dan ketepikan.
Satukan bahan kering tepung, baking powder, soda bicarbonat dan garam. Ketepikan.
Masukkan bahan basah ke dalam bekas bahan kering. Kacau rata. Masukkan oat dan pisang yang telah dilenyek. Kacau sebati tetapi jangan overmix.
Ceduk adunan ke dalam cawan cupcake 1/2 -3/4 cawan penuh. Taburkan sedikit choc chips di atas adunan. Bakar selama 15-20 min atau sehingga masak bergantung kepada cawan muffin yang digunakan.

Ikan Dory Grilled Butter Lemon


Salam bersiaran kembali.
Tak nak ngomel panjang. Saya hanya nak letakkan resepi ikan dory grill yang best!



Bahan-bahan:
3 keping fillet dory
1 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit tepung gandum
50g mentega
2 ulas bawang putih
1/2 biji lemon
garam
1 sk olive oil

kentang - basuh bersih dan rebus hingga empuk.
carrots-rebus dgn sedikit air
brocolli - sda

Cara-cara:

Basuh kepingan ikan dan lapkan dengan kitchen paper. Perapkan ikan dengan bawang putih yang ditumbuk dengan sedikit garam. Taburkan sedikit tepung gandum di atas ikan dan buangkan lebihan tepung. Biarkan ikan selama 30 minit.
Cairkan butter di dalam kuali dan masukkan bawang putih yang dicincang halus dan secubit garam. Kacau hingga naik bau dan ketepikan.
Dengan menggunakan api yang sederhana, panaskan grilled pan dengan sedikit minyak. Kemudian masukkan kepingan ikan dory dan biarkan masak 4-5 minit. Terbalikkan kepingan ikan dory dengan perlahan. Masak 4-5 minit. Masukkan cairan mentega bawang putih tadi dan perah lemon di atas ikan. Angkat ikan.
Grill kan kentang yang telah direbus dan dibelah empat di atas pan yg sama. Taburkan sedikit parsley kering. Balik-balikan sehingga berwarna keemasan dan angkat.
Hidangkan ikan bersama kentang dan sayuran rebus.


Sunday, 5 February 2012

Biskut Choc Chips


Saya membuat cookies lagi minggu lepas kerana Aisyah meminta mummynya membuat cookies kerana cookies Almond Nestum Double Choc tinggal 2 keping. Macam mana tak cepat habis siap bawa ke sekolah sebagai bekal sekolah. Pada hari itu, saya berkira-kira sama ada utk membuat cookies yang sama ataupun cookies choc chips. Akhirnya Biskut Choc Chips menjadi pilihan hati.

Kalau diperhatikan saya tidak meletak apa-apa jenis kekacang di dalam cookies saya. Kenapa ya? Saya dan MH bukan allergi kepada kekacang begitu juga Ammar dan Aisyah. Saya mengambil jalan selamat tidak memasukkan chopped almonds/walnuts/pecan di dalam setiap cookies saya kerana Aisyah tidak suka cookiesnya mengandungi apa2 kekacang. Maka mummynya turut kan saje. Kesian kat mummy dan daddy. Jangan daddy Aisyah complain sudah... hehehh.


Biskut Choc Chips
Resepi oleh lilly dapurdriyadh.blogspot.com


Bahan-bahannya:
200g mentega / unsalted butter
1 cawan gula castor @ 200g
1 biji telur
1 telur kuning
1 sk esen vanilla
1 3/4 cawan tepung serbaguna
1 sk baking powder
1/2 sk soda bicarbonate
1/4 sk garam halus
1 cawan choc chips


Cara membuatnya:
  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan pukul. Masukkan pula telur kuning dan pukul lagi. Masukkan esen vanila. Pukul hingga kembang.
  2. Masukkan bahan kering tepung serbaguna, baking powder, soda bicarbonat, garam halus dan choc chips. Gaul rata.
  3. Bulatkan dan letak di atas dulang pembakar. Tekan sedikit doh tadi dengan garfu perlahan-lahan. Letak 2-3 choc chips di ats setiap doh. Buat sehingga habis dengan susun jarak antara biskut 2 inci.
  4. Bakar selama 10 minit dengan suhu 165C. Sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Saturday, 4 February 2012

Biskut Almond Nestum Double Choc



Saya tak sangka cookies ini mendapat tempat di hati anak-anak saya dan juga MH. Sudah dua kali saya membuat cookies ini iaitu semasa cuti sekolah tempoh hari dan juga petang tadi. Siap mendapat pujian dari kak Nani tersayang di mukabuku lagi. Muahhs...lap u kak nani. Resepi akan saya merajinkan diri menulis di atas kertas untuk dikirimkan bersama nestum esok InsyaAllah.

Semenjak dari projek membuat cookies bersama Aisyah yang lepas, ada lagi cookies yang saya buat..yang ini dan cookies choc chips. Resepi tunggu dulu ye...bila saya free. Baru saya sedari...(iye ke ataupun buat-buat tak sedar) yang anak-anak saya gemarkan cookies dari kek. Bayangkanlah saya buat cookies petang, dua hari lepas itu sudah habis. Kalau saya buat kek, mereka hanya akan makan sekali itu sahaja selepas kek itu siap dibakar. Mereka tidak akan mengulang... maka mummynya lah yang akan ngap kek yang tak habis itu. Macam manalah mummynya tak &%$..oops.

Sesiapa yang rajin, sudi-sudikanlah mencuba resepi ini. Manalah tahu menepati selera anda.



Biskut Almond Nestum Double Choc
Sumber resepi oleh lilly dapurdriyadh.blogspot.com

Bahan-bahannya:
200g mentega / butter
3/4 gula castor @ 200g
1 biji telur
1 sk esen vanilla
1 1/2 cawan tepung serbaguna
1 sk baking powder
1/2 sk soda bicarbonate
1/4 sk garam halus
1/2 cawan almond - dikisar halus
1 cawan Nestum original
1/2 cawan choc bar - dicincang
1/2 cawan choc chips


Cara membuatnya:
  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi. Masukkan tepung serbaguna, baking powder, soda bicarbonat, garam halus, serbuk almond dan nestum. Masukkan choc chips dan choc cincang. Gaul rata.
  2. Bulatkan dan letak di atas dulang pembakar. Tekan sedikit doh tadi dengan garfu perlahan-lahan. Buat sehingga habis dengan susun jarak antara biskut 2 inci.
  3. Bakar selama 10 minit dengan suhu 165C. Sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.


Wednesday, 1 February 2012

Kek Coklat Tanpa Butter - Happy 9th Birthday Ammar


Selepas 10 hari selepas birthday Anas, saya membuat kek coklat lagi. Kali ini untuk birthday Ammar pula. Betapa seronoknya Ammar kerana umurnya telah bertambah setahun dari angka 8 berubah ke angka 9. Untuk tahun ini, buat pertama kalinya saya membuat dua birthday cake dalam tempoh sebulan.

Happy 9th Birthday Ammar Husni. Semoga menjadi anak yang soleh dan muslim yang berjaya dunia dan akhirat. Aamin

.


Untuk birthday cake Ammar, saya membuat Kek Coklat Tanpa Butter, kek coklat yang saya selalu buat setiap kali birthday celebration. Toppingnya saya menggunakan whipping cream yang diputar kental bersama serbuk coklat dan susu pekat bersama gula icing. Suspen saya bila Ammar cakap kenapa kek birthdaynya tak sama macam Anas semasa saya sedang menyapu topping di atas kek. Hatinya kembali girang setelah saya selesai menghias keknya dengan coklat M&M dan waffer sticks kegemarannya.


Kek Coklat Tanpa Butter
Sumber resepi Fendi MyResipi

Bahan-bahan
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang -lilly kurangkan kepada 3/4 cawan

Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu coklat uht perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe

Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum

Topping
2 cawan whipping cream
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1/2 cawan icing sugar

Hiasan
Coklat bar- diparut
Coklat M&M
Waffer sticks

Cara membuatnya:

  1. Pukul telur hingga kembang.Masukkan gula dan pukul lagi. Kemudian masukkan minyak masak.
  2. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  3. Bakar pada suhu 170 degree selama 45 minit-1 jam atau sehingga kek masak bergantung pada size bekas.
  4. Untuk topping: Pukul semua bahan topping hingga kental. Kemudian sapukan toping di atas kek dan hias kek. Masukkan kek yang telah dihias di dalam fridge untuk mengeraskan topping.


Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails