Saturday, 31 October 2009

PANDAN KAYA BUN

Lilly terjumpa resepi pandan kaya bun ni semasa lilly merayau-rayau cari resepi roti dari Chef Alex Goh. Nampak macam menarik je untuk dicuba. Lilly cuba cari balik blog yang lilly jumpa resepi ni tapi tak jumpa cari...tak bookmark. Nasib baik lilly dah salin resepi.
Sebenarnya pandan kaya bun ni tak menggunakan kaya pun sebagai bahan-bahan membuat roti....resepi ini menggunakan santan meggantikan susu segar. Bila bakar roti pandan kaya ni...semerbak bau pandan satu rumah. Sungguh harum...mengasyikkan bau roti itu. Maaf ye pada jiran-jiran 'bujang' bawah rumah...kalau bau roti itu membuatkan rindu pada masakan isteri dan mak di Malaysia.


Resepi Pandan Kaya Bun

Bahan-bahannya:
Bahan A
300g tepung roti (lilly guna tepung gandum)
2 sk yis
45 g gula
1/2 sk garam
1/2 sb susu tepung
*lilly tambah 1/2 sk bread improver dan 1/2 sk bread softener

Bahan B
30 g telur
60 ml santan
1/2 sb jus pandan
105 ml air
beberapa titik pewarna hijau

Bahan C
20g shortening

Bahan D
130g raisin

Cara membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan kecuali raisin ke dalam breadmaker. Pilih setting 'Doh" dan tekankan on.Masukkan raisin setelah adunan sebati.
  2. Setelah doh naik 2 kali ganda, keluarkan doh dari breadmaker.
  3. Keluarkan doh dan tumbuk doh untuk mengeluarkan angin. Bentukkan doh menjadi bebola seberat 40g dan letakkan di dalam loyang pembakar yg telah di gris sekelilingnya. Ini untuk mengelakkan dari roti melekat. Biarkan doh naik selama 50-60 minit.
  4. Bakar pada suhu 180C selama 15-20minit atau hingga permukaan roti nampak perang.
  5. Keluarkan roti dan sapukan butter di atas roti supaya roti nampak berkilat.

Friday, 30 October 2009

SATE MELAYU ASLI SINGAPURA DAN KUAH KACANG SINGAPURA


Kawan-kawan di Riyadh ni pandai memasak....yang tak berapa pandai masak, dah pandai masak macam lilly ni. Kami bertukar-tukar resepi samada resepi sendiri ataupun yang diambil dari internet. Lilly selalu meminta resepi dari kak elin, jiran lilly ni. Kak elin ni memang pandai masak, tapi badan maintain je...anak 6 you.
Menurut kak elin resepi sate ini adalah resepi sate Singapura.

Resepi Sate Melayu Asli Singapura

Bahan-bahannya:
1.5 kg isi ayam - dipotong kecil cara memanjang atau kiub

Bahan A Dikisar (tidak terlalu halus)
3 biji bawang besar size sederhana atau 20 biji bawang putih
8 ulas bawang putih
4 batang serai (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
2 inci lengkuas (dihiris)
300 ml air masak
Bahan B
2 sk serbuk jintan putih
2 sk serbuk kunyit
2 sk serbuk cili
4 sb serbuk ketumbar
8 sk garam halus
10 sb gula pasir
Bahan C
4 sb madu

lidi buluh secukupnya- direndam di dalam air selama 4-5 jam supaya tidak mudah patah

Cara membuatnya:
  1. Kisar bahan A.
  2. Campurkan semua bahan-bahan B di dalam satu bekas dan gigaul sebati pada ayam yang telah dibersihkan.
  3. Maskkan bahan A ke dalam adunan no 2 dan gaul sebati.
  4. Masuk madu jika suka.
  5. Perap ayam tadi lebih 4 jam atau semalaman.
  6. Cucuk ayam dengan lidi.
  7. Campurkan 12 sb minyak masak dan 4 sb gula pada satay sebelum dibakar.
  8. Bakar sate ayam dan balik-balikkan sehingga masak. Sedia untuk dimakan bersama kuah kacang, ketupat dan juga hirisan timun.

Resepi Kuah Sate Singapura
Bahan-bahannya:
300 gram kacang tanah - digoreng tanpa minyak, buang kulit dan dikisar kasar
Bahan A Dikisar halus
25 gram tangkai cili kering direndam dahulu dan dibuang bijinya
2 batang serai - dihiris
1 inci lengkas - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
Bahan B
1 sk jintan putih biji
1 sb biji ketumbar
(disangai sehingga naik bau kemudian ditumbuk halus)
Bahan C
1 sk asam jawa- dibuat air asam jawa
5 cawan air
10 sb gula
4 sk garam halus
minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
  1. Tumis bahan-bahan A dan B hingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan air, air asam, kacang kisar, garam dan gula.
  3. Masak sehingga mendidih kemudian kecilkan api sehingga mengeluarkan minyak. Kacau selalu supaya kacang tidak hangit.

Thursday, 29 October 2009

ROTI SOSEJ BERKEJU

Anak-anak sudah mula bersekolah, jadinya lilly akan sibuk memikirkan bekal apa untuk dibawa ke sekolah. Lilly pun juga akan sibuk memantau pelajaran Ammar...memastikan semua 'homework' dia siap dan juga mengulang kaji pelajaran untuk test. Aisyah anak perempuan lilly baru Kindergarden. Jadi tiada homework.
Lilly selalunya akan pastikan di fridge sentiasa ada stok sosej.Senang.....macam-macam boleh dibuat. Digoreng makan begitu saja sebagai bekal bila tiba penyakit 'M'. Kali ini lilly mencuba resepi roti sosej berkeju yang diambil dari blog Mat Gebu. Sumber asal resepinya adalah dari Chef Norzailina Nordin.

Resepi Roti Sosej Berkeju

Bahan-bahannya:
270 g tepung roti (high protein flour)
50 g tepung halus (tepung Hong Kong) *Lilly pakai 320 g tepung gandum
60 g gula halus
1 camca teh garam
2 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh instant yeast
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
1 biji telur gred C
140 ml air
30 g mentega
Sosej secukupnya
2 keping keju cheesedale, dipotong kepada 14 bahagian sama besar

Cara membuatnya:

  1. Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan sosej. Gaul hingga semua bersatu dan menjadi doh, masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan licin (lebih kurang 15 - 20 minit). Alihkan doh ke dalam satu bekas dan tutup permukaan dengan plastic cling. Biar naik 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan kesemua bahan2 diatas kecuali sosej, ke dalam Bread Maker, pilih setting for dough dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
  2. Sosej dicelur dan sejukkan, dibelah tengahnya buat macam poket dan masukkan 1 potongan keju tadi, buat hingga siap. Lilly tidak letak keju didalam sosej kerana lilly beli sosej yang berkeju
  3. Canai doh dan potong supaya mendapat potongan berukuran 3 cm lebar dan 25 cm panjang. Balut sekeliling sosej. Letak atas dulang yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga habis. Lilly buat juga roti bulat yang disapu bancuhan hirisan sosej+telur+daun parsley kering kerana sosej tidak cukup. Lilly buat dua adunan roti.
  4. Biarkan 45 minit sehingga doh naik. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 17 - 20minit. Sapukan mentega lembut di atas roti. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

FRENCH TOAST


Lilly jarang masak berat untuk sarapan pagi kerana hubby lilly lebih suka makan cereal ataupun roti sahaja. Katanya lebih sihat....lagi senang kerja lilly. Tak payah bangun pagi-pagi nak masak sarapan pagi. Hanya kadang-kadang saja lily masak makanan berat seperti bihun goreng ataupun nasi lemak, itupun bila lilly teringin nak makan.
French toast atau nama bahasanya dipanggil roti telur. Lilly hanya tambah sosej hirisan yang digoreng berserta buah tomato yang dipotong kiub dan juga daun bawang. Senang dibuat dan yang paling penting keluarga lilly suka.

French Toast
Bahan-bahannya:
8 keping roti
6 biji telur
3 batang sosej
1 biji buah tomato - dipotong kiub
segenggam daunn bawang - dihiris sederhana besar
sedikit garam

Cara membuatnya:
  1. Hiris sosej menyerong dan digoreng seketika. Angkat dan ketepikan.
  2. Di dalam satu bekas pukul telur hingga kembang sedikit. Masukkan tomato, daun bawang, sosej dan sedikit garam. Kacau rata.
  3. Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak.
  4. Ambil sekeping roti dan rendamkan roti di dalam bancuhan tadi.
  5. Letakkan roti tadi di dalam kuali dan letakkan sedikit sosej di atas roti. Terbalik-balikkan roti masak sehingga berwarna keperang-perangan. Angkat.
  6. Ulang nombor 4 dan 5 hingga habis roti. Sedia untuk dihidang.

Tuesday, 6 October 2009

ROTI JALA


Lilly dan anak-anak memang suka makan roti jala. Lilly boleh makan 10 keping sekali ngadap ...macam mana badan tak naik...ahaks. Kalau lilly teringin nak makan roti jala maksudnya hari itu tiada nasi dan lauk untuk makan malam atau tengahari. Penat nak buat roti jala ni sebenarnya...nak kena masak kari ayam lagi. Menjala je dah sejam...memang kat dapur je la hari tu. Tapi penat tu bertukar gembira bila melihat anak-anak lilly berulang-alik ke dapur minta roti jala satu..satu...masa mom dia sibuk lagi me'nebarkan' jalanya.
Resepi roti jala ni lilly olah sendiri dari pembacaan resepi-resepi lain yang lilly jumpa dari internet.

Roti Jala

Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung kastad
1 cawan susu segar/long life pun boleh
2 cawan air 1 biji telur
1 - 1 1/2 sk garam
1 sb minyak masak
1 sk serbuk kunyit
setitik pewarna kuning

Cara membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan dalam blender dan mesinkan. Tapiskan dalam mangkuk. Kacau bancuhan. Buat ujian kepekatan dengan memasukkan sedikit bancuhan dalam acuan roti jala.Tambah air/tepung jika bancuhan pekat/cair.
  2. Panaskan kuali non-stik dan sapu sedikit minyak. Tebarkan adunan menggunakan acuan roti jala.
  3. Bila sudah masak boleh lipat atau gulung.
  4. Hidangkan dengan gulai ayam.

KARIPAP




Bila lilly buat karipap, lilly uli pakai breadmaker...tak acikan sebab uli bab menguli ni memang malas lagipun tangan tak kuat sangat. Lilly juga akan frozenkan yang banyak lebih tu. Senang...bila rasa nak makan goreng. Resepi doh untuk kulit karipap lilly dapat dari kak Elin. Inti karipap memang resepi sendiri ...dah expert katakan.

Bahan-bahan kulit:
31/2 cawan tepung gandum
1/2 sb garam
2 sb marjerin
1/4 cawan minyak
1 sb minyak sapi/ghee
300 ml air suam


  1. Masukkan semua bahan diatas dalam breadmaker dan pilih setting dough dan ON kan. Setelah breadmmaker berhenti pada pusingan pertama OFF kan.
  2. Biarkan adunan sekejap lebih kurang 20 minit.

Bahan-bahan inti:
500 g daging cincang
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1 baiji bawang besar - ditumbuk
1 1/2 sb serbuk kari
2 biji kentang saiz besar (dipotong dadu)
2 biji sweet potato/ubi keledek (dipotong dadu)
1/2 - 1 kiub perisa ayam
buah pelaga, kulit kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih
3 helai daun kari
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
  1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.Masukkan daun kari dan bawang besar.Kacau seketika.
  2. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air.Masukkan bancuhan ini ke dalam bahan yang ditumis.Kacaukan hingga serbuk kari masak dan pecah minyak.
  3. Masukkan keledek, kentang dan daging cincang dan kacaukan.Tambahkan air sehingga tenggelam keledek dan daging.Tambahkan garam, gula dan kiub ayam. Masak hingga kering dan ubi empuk. Angkat dan lecekkan sedikit.
  4. Canaikan doh dan masukkan inti ke dalam doh.(Pastikan inti benar-benar sejuk).Kelimkan menbentuk karipap.
  5. Panaskan minyak yang banyak.Goreng karipap hingga masak berwarna keperangan. Sedia untuk dihidang.

SWEET POTATO BREAD


Bahan-bahannya:
300g tepung gandum
3 sk emplex / bread softener
2 sk bread improver
3 sk yis segera
1 sk garam
2 sb butter
60 gram ubi kentang ( direbus & di lenyek )
2 sb susu tepung
4 sb gula
1 biji telur (pukul sikit)
130ml air sejuk
** Inti kastard **
Boleh guna mana2 resepi kastard asalkan boleh pipekan atas adunan roti. Lilly guna resepi kastard dari resepi fruit tarts.

Cara membuatnya:
  1. Masukkan semua sekali bahan ke dalam breadmaker. Pilih setting doh dan tekan On.
    Kemudian perap doh dalam mangkuk yg besar dan tutup dgn cling film selama 40minit di tempat yg panas supaya adunan naik elok.
  2. Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin. Bentukkan doh menjadi bebola seberat 30g dan letakkan di dalam loyang pembakar yg telah di gris sekelilingnya. Ini untuk mengelakkan dari roti melekat. Perap lagi sekali selama 40minit.
  3. Paipkan adunan kastard pada atas roti.
  4. Bakar pada suhu 180C selama 15-20minit atau hingga permukaan roti nampak perang .
  5. Keluarkan roti dan sapukan butter di atas roti supaya roti nampak berkilat.

GULAI LEMAK NENAS IKAN MASIN


Gulai lemak nenas ikan masin memang sedap bila di makan bersama nasi panas-panas dan ayam goreng. Lilly masak gulai lemak nenas bila ingin bertukar selera...kerana lilly jarang masak gulai lemak bersantan.

Bahan-bahannya:
4-5 potong ikan kurau masin
1/2 biji buah nenas- dipotong kecil
1 bawang besar - dikisar halus
2 ulas bawang putih - dikisar
3-4 biji cili padi - dikisar
sedikit kunyit - dikisar
1 batang serai dititik
1 helai daun kunyit
2 cawan santan -10 sb santan serbuk
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
  1. Rendam ikan masin sehingga lembut. Bersihkan ikan masin dan toskan.
  2. Buang kulit nenas dan potong sederhana kecil berbentuk tigasegi.
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga masak sedikit. Masukkan 1 cawan air dan serai. Tunggu sehingga mendidih.
  4. Masukkan nenas yang telah dipotong kecil. Masak seketika.
  5. Masukkan santan dan daun kunyit. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak.
  6. Kemudian baru dimasukkan ikan masin supaya ikan masin tadi tidak hancur. Masukkan garam secukup rasa. Kacau sentiasa.
  7. Tutup api setelah kuah masak dan mendidih.



APAM BALIK



Bahan-bahannya:
2 cawan tepung naik sendiri } diayak
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 3/4 cawan susu segar
1/2 sudu kecil baking powder
1 cawan kacang tanah yg telah digoreng } dimesin - untuk ditabur
1 tin jagung krim - untuk ditabur
1 cawan gula - untuk ditabur
sedikit mentega

Cara membuatnya:
  1. Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning.
  2. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel.
  3. Panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan.
  4. Tutup pan sebentar (ambil ler tutup periuk yg sesuai utk pan tu klu pan tak ada penutup).
  5. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega.
  6. Tutup sekejap, bila masak bolehlah diangkat dan dilipat dua.

FRUITS TART




Semangat untuk membuat fruit tarts ini timbul apabila lilly jengok blog Mamafami. Walaupun sebenarnya lilly dah lama berangan-angan nak mencuba buat fruits tart ni...lebih kurang setahun lilly pasang angan ingin mencuba buat tarts. Banyak juga resepi yang lilly simpan..fruits tart, blueberry cheese tart,choc cheese tart egg tart etc...tapi hanya peram dalam folder laptop lilly. Tapi bila lilly jengok blog mamafami, esoknya terus lilly buat dok kerana tak tahan melihat gambarnya yang sungguh menyelerakan.

Bahan-bahannya:
Pastry:Sumber dr Chef Alex Goh
200 g butter
80g gula aising
360 g tepung gandum /superfine flour
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila

Custard Filling:
2 sb tepung gandum
2 sb tepung jagung
8 sb gula pasir
500 ml susu segar/ long life
2 biji telur
2 sb butter

Cara membuatnya:
Pastry:
  1. Pukul butter dan gula sampai kembang.Masukkan telur sedikit demi sedikit. Masukkan esen vanila n pukul. Masukkan tepung sampai jadi doh.
  2. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan. Cucuk dengan garfu di atas permukaan terapan supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10 min pada suhu 170-180.
  3. Tunggu sejuk sedikit dan keluarkan shell. Sedia dimasukkan filling atau shell boleh disimpan di dalam bekas kedap udara.
  4. Sapukan bahagian dalam kulit tat dgn sedikit coklat cair (jika suka).
  5. Paipkan filling di atas shell tadi. Banyak atau sikit bergantung pada kehendak masing2. Susun buah-buahan mengikut citarasa dan kreativiti.
    Sedia utk dimakan. Boleh simpan dlm fridge kalau ada lebih..hihihihh

    Untuk filling.
  1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, gula dan sedikit susu di dalam satu bekas dan kacau. Masukan telur dan kacau rata. Masukkan lebihan susu dan kacau rata.
  2. Masak bancuhan di atas api yang perlahan. Kacau selalu supaya tidak berketul dan hangit.
  3. Masukkan butter sederhana semua bahan dan gaul hingga sebati.
  4. Masak sehingga bancuhan menjadi pekat dan bersinar, padamkan api dan biarkan sejuk.

KUIH BAKAR


Bercerita tentang kuih bakar ni ada cerita disebaliknya. Dapur rumah lilly di Riyadh terbakar bila buat pertama kali lilly membakar kuih ini. Alhamdulillah lilly anak-beranak selamat pada waktu itu. Terus lilly fobia nak membuat kuih bakar ini. Setelah setahun berlalu barulah lilly berani untuk membuat kuih ini. Itupun berdoa dalam hati banyak-banyak sewaktu hendak membakar kuih ini......

Bahan-bahannya:
2/3 cawan gula
½ cawan jus pandan (1 sk pandan paste+1/2 cawan air)
1 cawan tepung
400 ml santan @1 serbuk kecil santan S&P+air
3 biji telur
1/4 sudu kecil garam
2 sudu besar butter
Bebrapa titik pewarna hijau
Toasted sesame seeds

Cara membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan di atas kecuali bijan di dalam blender. Blend sampai halus dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
  2. Taburkan bijan di atas adunan tadi.
  3. Bakar pada suhu 170C selama 1 jam.

PAU KACANG MERAH


Pau kacang merah :Sumber dari yani MyR

Bahan-bahannya:
300 gram tepung gandum
6 gram baking powder
2 gram garam
162 gram air suam
6 gram dry yeast
30 gram gula halus
18 gram lemak sayur @shortening

Bahan inti:
1 tin red kidney beans
1/2 cawan gula pasir
3 sudu besar tepung gandum

Cara membuatnya:
  1. Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
  2. Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. Kacau biar gula larut.
  3. Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
  4. Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentuk bulat.
  5. Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
  6. Untuk uji naik ke tidak.Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
  7. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  8. Ambik sebiji doh, canaikan dan letak inti kacang merah atau inti kesukaan masing-masing ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
  9. Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
  10. Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit. Tutup tudung periuk kukusan dengan kain bersih supaya air tidak menitik di atas pau. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.

Untuk inti.
  1. Tos kacang merah dan basuh dengan air masak dan toskan lagi.
  2. Blend kacang merang dengan sedikit air masak dan gula.
  3. Masak kacang merah yang telah diblend tadi di atas api yang sederhana perlahan. Letakkan tepung dan gula secukup rasa. Kacau sentiasa supaya ia tidak hangit.
  4. Padamkan api setelah adunan tadi likat.

DONUT (Kelly Allrecipes)


Ermm...lebih kurang 2 bulan lamanya berehat dari menulis di blog lilly ni. Lilly mengalami keguguran pada 10 Ogos yang lepas dan tak lama lepas tu bulan Ramadhan pun tiba. Lilly mengambil keputusan untuk berehat seketika dari menulis di blog ini supaya lilly dapat berehat secukupnya dan mengaji al-Quran. Di bulan puasa lepas lilly selalu membuat donut untuk Ammar dan Aisyah kerana mereka cukup suka makan donut sewaktu berbuka puasa.

Bahan-bahannya:
3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan shortening/butter
5 cawan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:
  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati.
  3. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  4. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  5. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter.
  6. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  7. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  8. Toskan minyak. Salut dengan gula icing semasa donut itu masih panas. ATAU
  9. Salut donut dengan coklat masakan yang telah dicairkan dengan kaedah double boiling. Kemudian hias mengikut kreativiti masing-masing.
  10. Salut donut dengan gula icing berwarna.


Rasanya belum lambat lagi lilly mengucapkan SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN.
Lilly dan keluarga pulang beraya di Malaysia. Seronok beraya di Malaysia.








Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails