Bila lepas habis kelas mengaji al-Quran lilly terus panaskan kukusan. Tak plan apa-apa pun. Bahan-bahan memang ada. Oleh kerana kelam-kabut buat, first and second round kukusan lilly terlupa letak minyak pada acuan. Aduss...memang tak boleh nak keluarkan kuih..melekat. Nasib baik anak lilly ok...dia orang lebih suka makan yang dalam bekas.
Adunan ini dapat banyak memang boleh buat untuk kenduri. Yang tak larat itu nak mengisi dan mengukus beberapa kali kerana periuk lilly sizenya kecil. Bila dah tinggal 1/3 adunan, lilly curahkan je dalam satu loyang. Senang kerja...hah dapat kuih apam sebijik...kih..kih..kih.
Kuih ini memang best sebab still lembut hingga esoknya.
Kuih Puteri Ayu
Sumber: Rossitamz MyR
Bahan-bahannya: ( 40 biji (bergantung pada saiz acuan)
5 biji telur (saiz kecil)
250gm tepung gandum
300gm gula
2 camca teh ovallate
1 camca teh baking powder
250ml santan
Pewarna hijau
2 camca teh paste pandan
Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)
Cara membuatnya:
- Panaskan kukusan.
- Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
- Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
- Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
- Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.