Tuesday, 24 January 2012

Triffle Blueberry Whipped Cream Cheese


Petang semalam tekak say a teringin hendak menelan Triffle setelah melihat tiffle di rumah Noorsha 1001 Cerita 1001 Rasa semasa saya blogwalking. Thanks to Noorsha kerana telah memberi idea kepada saya untuk membuat triffle dengan cara saya sendiri. Macam biasa menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur. Saya menggunakan lebihan blueberry filling, biskut oreo dan buah kiwi. Saya sertakan resepi asal dari Noorsha untuk rujukan masa hadapan dan juga sukatan bahan-bahan yang saya gunakan pada hari itu.


Trifle lilly

Bahan-bahan untuk 3 cawan:
6 keping biskut oreo-hancurkan
1/2 cawan susu segar/long life
1 sachet whipping cream
1/2 susu segar/ long life
1 sk esenvanila
60 g cream cheese
1/2 cawan blueberry filling
2 sb gula
3 biji buah kiwi

Cara menyediakannya:

Sediakan whipping cream cheese dengan mengikut arahan di atas kotak dan masukkan juga cream cheese dan juga esen vanilla. Putar hingga licin dan kental.

Untuk sos blueberry- Panaskan blueberry filling bersama sedikit air dan gula di dalam microwave selama 1 minit. Keluarkan, kacau rata dan ketepikan.



RESEPI TRIFFLE RASPBERRY BERSAMA KRIM KEJU DAN BISKUT COKLAT CHIP
Sumber : Noorsha


Bahan²Untuk Dasar Triffle
10 keping biskut coklat chip – ramas kasar
½ cawan susu segar

Bahan² Untuk Krim Keju
125 gram krim keju
125 gram yogurt asli
50 gram susu pekat manis
2 sudu besar gula halus
1 sudu besar perahan air lemon

Bahan² Untuk Sos Raspberry
200 gram buah raspberry segar
1/3 cawan gula

Bahan Hiasan
Sedikit buah raspberry segar
Sedikit buah ceri segar
Sedikit biskut coklat chip – ramas kasar

Cara Menyediakan Dasar Triffle
1. Masukkan biskut coklat chip yang telah diramas kasar ke dalam bekas triffle. Masukkan 2 -3 sudu besar susu ke dalam bekas tersebut dan kacau rata. Ketepikan

Cara Menyediakan Krim Keju
1. Didalam mangkuk pengadun satukan krim keju, yogurt asli, susu pekat, gula dan perahan lemon. Putar hingga licin. Ketepikan seketika

Cara Menyediakan Sos Raspberry
1. Masukkan buah raspberry segar bersama gula kedalam periuk. Panaskan dengan api perlahan. Kacau sentiasa hingga raspberry empuk dan hamper hancur. Matikan api.
2. Apabila telah suam, masukkan sos yang terhasil kedalam mesin pengisar. Kisar hingga halus. Ketepikan seketika.

Cara Menyediakan Triffle
1. Ambil cawan @ bekas yang berisi dasar biskut tadi. Masukkan 2 sudu makan krim keju. Kemudian masukkan pula sedikit sos raspberry.
2. Ulang silangan krim keju – sos raspberry – krim keju – sos raspberry hingga memenuhi cawan @ bekas triffle tadi.
3. Hiaskan dengan lebihan raspberry segar, biskut coklat chip yang diramas kasar dan buah cherry segar.
4. Masukkan sebentar ke dalam peti ais selama 1-2 jam sebelum dihidang.



Kuih Lapis Pisang


Kuih Lapis Pisang

Saya suka mencuba resepi baru bila angin rajin datang menghembus tetapi saya menghadapi masalah untuk update resepi dan menyimpan gambar syok sendiri untuk rujukan sendiri. Selalunya berminggu selepas saya mencuba resepi tersebut, barulah ada masa untuk meletakkan enti tersebut. Itu belum termasuk berapa lali berhenti dan sambung balik hanya untuk satu resepi. Kalau paling teruk pernah sampai satu dua hari sebab terlupa.

Ok ketepikan dahulu masalah saya untuk meletakkan entri dalam rumah yang kurang tetamu dulu. Sayakan suka pisang, maka saya pun telah membuat Kuih lapis Pisang untuk jamuan usrah gabungan ibu bapa pada suatu petang. Nak dijadikan cerita, pada petang itu, saya kurang berhati-hati menyebabkan satu tin telah terjatuh dari kabinet dan terlanggar tepi mangkuk adunan. Tetapi tidak termasuk dalam adunan yang telah dibahagi dua. Maka tertumpahlah sedikit adunan itu...huhuhuhh. Itu yang tengok lapisan merah sedikit nipis berbanding lapisan pisang. Kalau tak jadi Pelamin Angan Ku Musnah la hari tu.


KUIH LAPIS PISANG (loyang bulat 7 inci)
Sumber: Aneka Talam dan Kuih Lapis (resepi Kak Liza)

Bahan A:-
  • 2 cawan santan (lilly guna 1 1/2 paket santan S&P+ air 2 cawan)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad/jagung (lilly guna tepung jagung)
  • 1 sudu teh garam
Bahan B:-
  • 1 cawan pisang emas/berangan - dilecek
  • 1/4 cawan air
  • sedikit pewarna kuning
Bahan C:-
  • 1/4 cawan air
  • sedikit pewarna merah
Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
  2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
  3. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
  4. Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar) - *cara ni akak buat sebelum mula melapis.
  5. Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
  6. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
  7. Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pian (B).
  8. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebihkurang 10 - 12 minit.
  9. Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.

Biskut Oat Choc Chips


Bila budak cuti sekolah, saya terpaksa mencari sesuatu aktiviti supaya Aisyah tidak bosan duduk di rumah. Berlainan dengan abangnya yang sudah nampak mempunyai minat terhadap sesuatu, Aisyah seperti mencari-cari apa yang dia gemari.

Saya pun sekali lagi menjadi peserta MasterChef Malaysia, mencipta satu resepi cookies oat pada petang tersebut. Aisyah menolong saya menyudu doh di atas dulang pembakar. Tugas saya menjadi semakin mudah, hanya perlu membuat sedikit QC supaya sama size dan menekan garfu atas doh yang telah disudukan.



Biskut Oat Choc Chips
Resepi oleh lilly dapurdriyadh.blogspot

Bahan-bahan
175g mentega
3/4 cawan gula kastor
1 biji telur
1 sk esen vanilla
1 cawan tepung serbaguna
2 cawan oat
1/2 cawan choc chips - lebih pun ok
1/2 cawan choc bar - dicincang
1 sk baking powder
1/4 sk garam halus

Cara membuatnya:
  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi. Masukkan tepung serbaguna, baking powder, garam dan oat. Masukkan choc chips dan choc cincang. Gaul rata.
  2. Bulatkan dan letak di atas dulang pembakar. Tekan sedikit doh tadi dengan garfu perlahan-lahan. Buat sehingga habis dengan susun jarak antara biskut 2 inci.
  3. Bakar selama 12-15 minit dengan suhu 165C. Sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Monday, 23 January 2012

Leftover roti lagi!!! Bread Tart with Serunding



Tengok gambar je dulu. Saya lupa resepi agak-agak yang menjadi yang saya buat tempoh hari. Kena mimpi dulu rasanya baru ingat.

Updated.
Tak perlu tunggu malam karang untuk ingat resepi roti serunding. Nasib baik untuk saya, rupanya saya ada mencatat resepi di dalam notes IP. Roti serunding ini saya buat untuk jamuan usrah bapa-bapa pada hari itu. Fikir apa yang paling senang dan macam biasa untuk menghabiskan roti di rumah ini. Petang itu saya menjadi seperti peserta MasterChef Malaysia yg di beri tugasan menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur. Juri-jurinya ialah bapa-bapa usrah yang hadir pada malam itu.

P/S: Oleh kerana presentation utk Bread Tart with Serunding ni nampak menarik, bapa-bapa usrah pada malam itu tertanya-tanya pada MH. Apa tu...apa tu.


Bread Tart with Serunding
Resepi oleh lilly dapurdriyadh

Bahan-bahannya:
1 cawan susu segar/long life
3 biji telur
7 keeping roti
1/4 sk garam
Cheese Mozarella secukupnya
2 biji sweet potatoes
Serunding secukupnya
Cili merah 1 biji - dihiris

Cara membuatnya:

  1. Buang kulit roti. Ambil satu keping roti dan potong 6 empat tepat. Ulangi sehingga roti habis.
  2. Di dalam bekas yang lain pula, pukul sedikit telur, gula dan susu. Masukkan sedikit garam.
  3. Ambil roti tadi dan rendam roti di dalam bekas yang berisi susu. Ketepikan.
  4. Sambil itu kupas kulit sweet potatoes. Basuh bersih dan hiris nipis membulat. Ketepikan.
  5. Masukkan 2-3 keping roti ke dalam bekas muffin, kemudian ambil 3-4 keledek td dan susun di atas roti. Masukkan lagi 2-3 kepingan roti menutupi keledek.
  6. Tabur mozarella cheese...mcm buat pizza.Lagi banyak lagi sedap! Ulangi sehingga habis.
  7. Bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan emas.
  8. Keluarkan dari oven dan sejukkan. Taburkan serunding daging dan letak 2-3 hirisan cili merah.


Bingka Roti Pisang

Dua benda yang selalu tak habis dalam rumah ni dan saya sebenarnya sayang nak buang. Roti dan Pisang! Roti memang makanan yang perlu ada setiap hari dalam rumah saya sebabnya kami breakfast roti bakar disapu butter. MH tidak cerewet pasal breakfast. Ada toast bread with butter itu sudah mencukupi tidak seperti tekak orang melayu breakfast nasi lemak pagi-pagi. Thank you to my PIL sebab telah mendidik MH sebegitu tak payah saya bersusah payah menyinsing lengan kena masak nasi lemak, nasi goreng, roti canai dsb yang berat-berat. Bila weekend baru ada heavy breakfast macam dekat hotel (seperti MH cakap) saya masak scrambled eggs, baked beans dan mushroom soups untuk dimakan bersama roti. Saya pula orang yang jenis suka pisang sebab macam-macam boleh dibuat dengan pisang. Muffin/cake pisang, cekodok pisang ataupun pengat pisang. Yang pasti boleh dimakan begitu saja.


Oleh kerana saya sayangkan roti dan pisang yang sudah lama menunggu macam pengantin tu, saya pun merajinkan diri membuat bingka roti pisang pada satu petang Ahad. Tak sangka Anas suka. 3 potong habis dimakan! Sedap la tuu.



Bingka Roti Pisang
Resepi oleh lilly dapurdriyadh.blogspot.com

Bahan-bahan:
4 keping roti
2 biji telur
1 cawan tepung
1 1/2 cawan santan pekat
3/4 cawan gula pasir
2 sb butter cair
1 cawan pisang yang telah dilecek
2 cawan susu segar/long life
sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya:
Masukkan semua bahan dalam blender. Panaskan loyang atau acuan yang bergris atas dapur selama 2-3 minit. Masukkan bancuhan ke dalam loyang tadi. Bakar selama 1 1/2 jam pada suhu 170C.

Saturday, 21 January 2012

Kek Chiffon Pandan


Hanya sekali saja saya buat kek Chiffon rasanya tak silap 2 tahun lepas. Kek Chiffon pandan resepi dari kawan saya Rumey. Tapi malangnya saya tak simpan resepi tersebut. Dua minggu lepas saya cuba-cuba nak cari resepi chiffon cake yang lebih kurang serupa macam kawan saya bagi tu. Saya terjumpa satu resepi yang seakan-akan sama di rumah Yatie.
Dengan lafaz Bismillah, saya pun memberanikan diri membuat kek Chiffon Pandan dengan bantuan CK hadiah prezen dari MH untuk saya tahun 2010 yang baru di test 3-4 kali. Haah....tak sangka senang betul ada CK bila nak buat adunan jadi meringue.
Best betul kek chiffon pandan resepi Yatie. Anak-anak suka, mak lagilah suka. Oleh kerana best sangat, saya buat tiga kali kek Chiffon Pandan ni dalam masa 2 minggu lepas. Baru la ada masa nak simpan resepi dalam blog sendiri untuk rujukan masa depan. Thank you Yatie atas resepi chiffon cake yang superb ni.




Kek Chiffon Pandan
Sumber resepi: Yatie

Bahan-bahan

Bahan A
6 biji kuning telur
2/3 cawan minyak Mazola
2/3 cawan santan pekat
½ sudu kecil garam
1 cawan gula pasir
pewarna hijau dan perisa pandan
1 1/2 cawan tepung gandum *diayak*
2 sudu kecil baking powder* diayak

Bahan B
6 biji putih telur
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil cream of tar tar

Cara-cara

Bahan (A):
  1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup).
  2. Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
  3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.

Bahan (B):

  1. Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
  2. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
  3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
  4. Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
  5. Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
  6. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c.
  7. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
  8. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.




Super Moist Eggless Chocolate Cake (SMECC)


Kek SMECC ini saya buat bersempana ulang tahun Anas yang pertama pada 18 Januari. Doa mummy Semoga Muhammad Anas menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat. Aamin.

Seringkali kek coklat menjadi kek tema untuk apa-apa majlis di rumah saya.. birthday Ammar, Aisyah, MH dan juga anniversary saya dan MH. Birthday saya hanya kek beli dari kedai kerana takkan saya akan membuat kek birthday sendiri. Tiap-tiap tahun saya akan membuat kek coklat kerana anak-anak dan MH memang gemarkan kek coklat. Masa itulah saya akan mengambil kesempatan mencuba resepi yang berlainan.

Untuk birthday Anas satu tahun, saya membuat SMECC. Kek yang dulu saya ingat saya buat, tapi sebenarnya saya telah membuat Kek Coklat Kukus Tanpa Telur resepi oleh DJ juga. Kek ini sesuai untuk Anas kerana tidak menggunakan telur.

Tengoklah Ammar dan Aisyah yang seronok berposing depan birthday cake adik mereka. Teruja mereka bila mummy menghias kek sebegitu. Mummy mereka dah upgrade sikit tu yang excited sangat rasenya. Kalau tahun sebelumnya, mummy mereka hanya pandai taburkan coklat yang diparut saje atas topping.



Super Moist Eggless Chocolate Cake
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

Bahan-bahan : loyang 6-7 inci
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.


Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails