Salam. Pizza ini lilly telah buat semalam sebagai lunch Ammar dan Aisyah. Anak lilly bila pulang ke sekolah suka makan yang ringan-ringan....tidak suka makan nasi. Makan nasi lebih kurang pukul 4.00 petang. Jadi semalam lilly telah mencuba buat pizza kali yang kedua. Sos pizza lilly buat resepi olahan sendiri. Rasa juicy bila makan pizza tu. Lilly buat satu pizza size 7 inci dan doh yang selebihnya lilly buat size mini pizza. Size mini doh pizza itu lilly frozenkan sebagai bekal sekolah anak-anak. Bila pagi tadi lilly hanya sapu sos, letak hirisan sosej, tabur cheese dan bakar di dalam oven. Dah siap pizza...specialkan bekal sekolah anak lilly..hehehehhh.
PIZZA
PIZZA
Bahan-bahan doh pizza:
240g tepung serbaguna
1 sb minyak zaitun
1/4 sk garam
1 sk instant dried yeast
160ml air suam
Cara membuatnya: (Bread Maker) :
- Masukkan air suam dan minyak ke dalam bekas breadmaker. Masukan garam.
- Kemudian masukkan tepung dan yis.
- Tekan butang Dough dan biarkan sehingga breadmaker itu berhenti.
- Keluarkan doh dan tumbuk-tumbukkan doh supaya angin keluar. Bahagikan doh kepada dua bahagian. Leperkan doh sehingga ketebalan 1/2 inci atau kurang dan letak di atas tempat pembakar yang telah ditabur dengan sedikit tepung.
- Biarkan doh berehat lebih kurang 1/2 jam.
- Sapukan sos pizza di atas doh. Letak topping ikut kesukaan masing-masing dan taburkan parutan keju mozarella.
- Bakar di dalam oven yang telah dipanasan pada suhu 180C selama 15-20 minit atau sehingga pizza berwarna perang sedikit.
Topping:
Bahan-bahan sos pizza:
2 ulas bawang putih dicincang
100 g daging cincang
3 sb pes tomato
3 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sb tepung jagung
sedikit garam
gula secukup rasa
1 cawan air
sosej ayam
hirisan buah zaiton
capsicum hijau
parutan keju mozarella
Cara membuat sos pizza:
- Panaskan kuali. Letak sedikit minya zaitun. Masukkan bawang putih dan goreng hingga naik bau. Masukkan daging cincang dan kacau hingga air sedikit kering.
- Masukkan pes tomato, sos tomato dan sos cili. Kacau.
- Masukkan air dan tunggu hingga mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Masukkkan air bancuhan tepung jagung sedikit. Kacau. Tunggu sehingga kuah pekat. Tutup api.
1 comment:
air max, sac longchamp, ray ban sunglasses, longchamp pas cher, ugg boots, ray ban sunglasses, nike free, oakley sunglasses, nike free, chanel handbags, cheap oakley sunglasses, nike outlet, louboutin, longchamp, nike roshe run, air jordan pas cher, tiffany jewelry, longchamp outlet, longchamp outlet, michael kors, prada outlet, louis vuitton outlet, louboutin outlet, louis vuitton, uggs on sale, ugg boots, louis vuitton, polo ralph lauren outlet, oakley sunglasses, louis vuitton, kate spade outlet, louboutin pas cher, polo ralph lauren outlet, tory burch outlet, tiffany and co, oakley sunglasses, ray ban sunglasses, ralph lauren pas cher, christian louboutin outlet, nike air max, nike air max, louboutin shoes, replica watches, jordan shoes, oakley sunglasses, gucci outlet, prada handbags, burberry, replica watches, louis vuitton outlet
Post a Comment