Sunday, 7 February 2010

BROKOLI DENGAN KUBIS CINA


Resepi sayur goreng pun nak letak ke? hati ini berkata2...tapi bila memikirkan one day Aisyah and my other children will refer this blog bila dia baru hendak belajar masak...@ maybe sape2. Bagi orang yang dah pandai masak hati akan berbisik mengatakan resepi simple pun nak letak juga ke....tapi bagi orang yang totally tak pandai masak dan first time hendak ke dapur..bagaimana? Lagipun blog inikan tanda kasih dan sayang lilly pada famili. Sayurlah yang lilly masak tiap-tiap hari.


Brokoli dengan Kubis Cina

Bahan-bahan:
5-6 kuntum brokoli dipotong sederhana kecil
1/2 batang carrot - dipotong
1/4 - 1/2 kubis cina - dipotong
1/2 capsicum - dipotong dadu/memanjang
1 sudu mkn sos tiram
1/4 bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih- dihiris/cincang
1/2 kiub ayam/ikan bilis
1/2 sudu besar tepung jagung+air sedikit
1/4 cawan air
cili merah/cili hijau

Cara membuatnya:

  1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Tumis bahan hirisan hingga naik bau@kekuningan.
    Masukkan sos tiram dan juga air sedikit. Kacau. Masukkan perisa jika suka dan sedikit garam.
  2. Masukkan carrot. Biar sekejap 2 minit supaya carrot lembut sedikit. Masukkan brokoli, kubis cina dan capsicum.
  3. Masukkan bancuhan jagung dan kacau rata. Biarkan sekejap dan tutup api. Masukkan cili merah /cili hijau. Boleh dihidang.




No comments:

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails