Sunday, 21 February 2010

PENGAT KELEDEK CHA-CHA


Sayangkan keledek yang lilly beli 2 minggu lepas tak buat apa-apa, jadinya lilly buat pengat keledek cha-cha petang semalam. Teringat yang dah lama sebenarnya tak makan pengat waktu petang.


Pengat Keledek Cha-Cha

Bahan-bahan:
3 -4 biji keledek/ sweet potatoes- buang kulit dan potong berbaji
1/3 cawan bubur cha-cha, cuci dan toskan
1/2 cawan sagu, cuci dan toskan
1/2 ketul gula melaka*
1 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan*
1 cawan air*(*dimasak hingga gula larut dan tapis)
500 ml santan cair
1 cawan pati santan
1/2 cawan susu segar/uht
1/4 camca teh garam
1 helai daun pandan, disimpul

Cara membuatnya:

  1. Cuci keledek dan toskan, masukkan ke dalam periuk bersama bubur cha-cha, sagu dan daun pandan. Masak atas api sederhana hingga keledek setengah empuk, tuang air gula, santan cair dan masukkan juga garam.
  2. Bila mendidih, tuang pati santan dan kacau rata. Masak atas api kecil hingga mendidih dan keledek serta bubur cha-cha lembut. Masukkan susu segar/uht. Kacau rata.
  3. Rasa dan jika kurang manis boleh tambah sedikit lagi gula. Padam api dan hidangkan panas atau pun sejuk.

No comments:

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails