Tuesday, 23 February 2010

NASI KEBULI

First time dengar nama nasi Kebuli ni dari FB kak Shidah dia masak nasi ini. Esoknya kawan lilly, Yan masak nasi kebuli resepi dari Kak Shidah and mentioned that her son makan bertambah. Lepas tu kak Wan Surita pulak masak nasi ini. Tu yang lilly teringin nak masak dan rasa nasi ni macam mana. Tapi projek memasak nasi kebuli ni tertangguh hinggalah hari Ahad lepas baru lilly masak.

Senang sangat nak buat nasi kebuli ni. Lilly buat goreng hati buncis dan sambal tomato sebagai penambah selera. Sambal tomato ini sambal yang orang Arab sini makan dengan Nasi Kabsa dan Nasi Mandhi. Kalau makan dengan sambal tomato ni boleh bertambah nasi...


Nasi Kebuli
http://dairimama.blogspot.com/2010/02/nasi-kebuli-recipe.html

Bahan-bahannya:
Bahan A
1 ekor ayam - potong 4
garam
kunyit
gaul ayam dengan garam dan kunyit, perap for 8 hours
Lilly tak perap sampai 8 jam pun

Bahan B - Blend semua
1 tsp ketumbar
1/2 tsp lada hitam
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
4 batang serai (I letak 2 batang je, coz I dont like the overwhelming taste of serai)
1 tsp serbuk kunyit

Bahan C
4 pot basmathi
4 1/2 pot air
garam
1 tbs chicken stock granules (optional)


Cara-cara:

  1. Basuh dan toskan basmathi.
  2. Masukkan air dalam periuk, bersama dengan bahan A and B.
  3. Biarkan mendidih sehingga ayam 3/4 cooked.
  4. Keluarkan ayam, masukkan beras, garam and chicken stock.
  5. Transfer the whole periuk masuk dalam rice cooker, masak hingga nasik empuk (i'm too lazy utk jaga api while masak nasik tu).
  6. Ayam yg 3/4 masak tu, goreng hingga garing, hidangkan dengan nasi.



Sambal Tomato

Bahan-bahan:
2 biji tomato ranum
1 biji cili hijau

Parut halus buah tomato dan cili hijau. Kacau rata. Boleh dihidang. Kalau suka letak sikit garam.

No comments:

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails