Sunday, 7 February 2010

ZIARAH MASJID NABAWI


Syukur sangat dapat menjejaki kaki di Masjid Nabawi waktu Subuh, Khamis 4 Febuari 2010. Lama lilly dan keluarga tidak ziarah dan solat di masjid Nabi kita yang terletak di Madinah kira-kira 850 km dari Riyadh .....lebih kurang 2 tahun.

Ziarah kali ini singkat sangat waktunya. Kami sekeluarga ke madinah dengan menaiki kereta kerana tiket flight dah habis. Last minute rancang nak pergi memanglah tiket dah habis kerana tak bayak flight ke Madinah berbanding ke Mekah. Kami bertolak dari Riyadh lebih kurang 5.30 petang Rabu dan sampai di Madinah pukul 1.00 pagi, Khamis. Dan Jumaat esoknya, kami bertolak pulang ke Riyadh pada 10.00 pagi dan selamat sampai di rumah 5.15 petang. Alhamdulillah dapatlah lilly dan darling MH solat fardhu berjemaah 6 waktu di masjid Nabawi.

Dan syukur sangat-sangat, Lilly dapat ke Raudhah dan solat sunat serta memberi salam kepada Rasullah SAW pada waktu malam Khamis. Kawasan raudhah ini ada waktu-waktu yang dibuka untuk perempuan...berbanding MH dan Ammar yang beruntung bila-bila boleh pergi bila kosong. Nak bagitau sebenarnya yang lilly tidaklah dapat jalan-jalan dan shopping abaya malam itu...hihih. Tapi hendak dibandingkan dengan dapat ke raudah malam itu seronoknya antara langit dan bumi. Dan yang paling mengembirakan sangat lilly dapat pergi ke kawasan makam nabi SAW...kerananya selama 2 kali ke raudhah sebelum ini, kawasan itu tidak dibuka.

Sebenarnya, apakah Raudhah itu? Keistimewaan apa saja yang dimilikinya, sehingga orang-orang berasak-asak untuk datang dan beribadah di tempat itu?
Secara bahasa “raudhah” bererti kebun atau taman. Maksud Raudhah di sini adalah suatu tempat yang berada di antara mimbar dan makam Muhammad SAW. Tempat ini selalu digunakan oleh Nabi SAW untuk melakukan solat sampai akhir hayat beliau. Nabi SAW bersabda :
عن أبي سعيد الخذري قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم مَا بَيْنَ قَبْرِي وَمِنْبَرِي هَذَا رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجِنَانِ

Dari Abi Sa’id al-Khurdri ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Tempat di antara kubur dan mimbarku ini adalah Raudhah (kebun) di antara beberapa kebun surga”. (Musnad Ahmad bin Hanbal)
Kerana tempat ini sangat istimewa, maka seorang di sunnahkan untuk selalu beribadah dan solat di Raudhah Nabi SAW ini. Disebutkan, seorang muslim yang sedang berziarah ke Madinah, selama dia berada di Madinah, hendaklah selalu melaksanakan solat lima waktu di masjid Nabi SAW dan berniat i’tikaf setiap dia memasuki masjid Nabi SAW.








No comments:

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails