Sunday, 31 January 2010

SOTO AYAM


Tak tahu kenapa datang angin rajin hendak masak soto ayam hari rabu lepas.. Sebabnya lilly pagi itu sepatutnya buat birthday cake untuk ammar..red velvet cake. Pukul 9 pagi tekak ini teringin nak makan soto ayam hari itu. Lilly apa lagi terus rebus ketupat dan defrostkan ayam prepare untuk buat soto ayam. Dah terbengkalai projek hendak buat red velvet cake. Kenapa red velvet cake sebabnya ammar hendak birthday cake warna merah...teringatkan red velvet cake.. Yang tidak pernah dicuba lagi.

Bila Ammar balik sekolah lilly tanya lagi pasal birthday cake dia yang lilly tak buat lagi dan cakap mom beli je la. Dia tak nak yang beli. Ammar nak juga lilly buat birthday cake utk dia tapi tak nak pula kek merah nak kek coklat. Huwaa... dah la baru habis masak soto dan pegedil... penat tak habis lagi. Jadinya hari itu lilly masak soto ayam dengan pegedil daging serta bahan-bahan sampingan dan juga kek coklat.

Bercakap pasal soto..lilly tak perlu susah2 sangat hendak buat bahan rempahnya sebab lilly ada rempah soto segera yang dibawa dari Malaysia. Bermacam2 brand rempah soto yang lilly bawa. Tapi kali ini lilly pakai rempah soto Adami. Dan lilly tambahkan juga rempah kurma dan rempah sup. Lilly letak kerisik dan santan sedikit mengikut resepi dari mak mertua lilly, Hajah Wan Azizah.


Soto Ayam

Bahan-bahannya:
6 bungkus ketupat segera - rebus lebih kurang 2-3 jam
1 ekor ayam - dibersihkan dan dibelah 2
1 paket rempah soto segera
2 bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci lengkuas
2 batang serai
1 sudu besar kerisik
1 cawan santan cair
1 inci kulit kayu manis
1 bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 sudu besar rempah kurma
1/2 sudu besar rempah sup
1 sudu besar kerisik


Bahan-bahan utk kicap cili
5-10 biji cili api
2 ulas bawang putih
1/4 kicap lemak manis
sedikit garam

Bahan-bahan sampingan
pegedil daging
taugeh - dicelur sekejap
bawang goreng
daun bawang
kicap cili
soo hoon - digoreng dengan minyak panas
kacang tanah yang digoreng

Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan 4 serangkai dan bahan kisar. Goreng sehinga naik bau. Masukkan rempah kurma dan sup dan kacau hingga garing sedikit. Masukkan air sebanyak 3 liter dan ayam. Biarkan kuah mendidih sehingga ayam masak.
  2. Keluarkan ayam dan toskan. Masukkan rempah soto segera dan kerisik. Kacau. Masukkan garam sedikit dulu. Perlahankan api dan biarkan kuah masak lebih kurang 10-15 minit.
  3. Akhir sekali masukkan santan dan kacau. Masukkan garam jika perlu. Lebih kurang 5 minit tutup api.
  4. Goreng ayam tadi dahulu jika suka dan carik halus.
  5. Cara membuat kicap cili: Masukkan semua bahan dalam blender dan kisar halus. Sedia untuk dihidang.
  6. Cara menghidang: Potong dadu ketupat segera. Letakkan ayam yang telah dicarik dan taugeh, tuang kuah soto. Hiaskan dengan pegedil, soo hoon, kacang goreng, bawang goreng dan kicap cili.

Inilah rempah soto yang lilly pakai itu.

PEGEDIL DAGING


Pegedil daging

Bahan-bahannya:
750 gm kentang - dibuang kulit dan dibersihkan
150 gm daging cincang
1 biji bawang besar -dicincang halus
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 sudu besar serbuk sup
garam secukupnya
segenggam daun bawang + daun sup - dipotong sederhana halus
1-2 biji telur

Cara membuatnya:


  1. Rebus kentang hingga empuk. Angkat dan toskan. Lenyekkan kentang hingga halus. Ketepikan.


  2. Panaskan minyak sedikit di dalam kuali. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Goreng hingga naik bau.Masukkan daging cincang dan kacau. Masukkan rempah sup yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata.


  3. Tunggu sehingga daging cincang tadi masak dan kering. Masukkan sedikit garam.Tutup api dan masukkan daun bawang dan daun sup. Kacau rata.


  4. Masukkan daging cincang ini ke dalam kentang yang telah dilenyek tadi. Gaul rata.
    Bulat-bulatkan pegedil dan leperkan sedikit. Letakkan pegedil di atas dulang yang ditabur dengan tepung gandum. Buat sehingga habis.Celupkan pegedil dengan telur yang telah dipukul.


  5. Cara menggoreng. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Agak-agak minyak sederhana panas, masukkan 5-7 ketul pegedil, agak-agak telah kuning antara 10-15 saat terbalikkan pegedil. Biarkan sekejap dan angkat.




Wednesday, 27 January 2010

IKAN KERAPU MASAK TIGA RASA

Nak tahu tak lilly baru tahu Hammour fish yang lilly selalu beli di sini itu adalah ikan kerapu. Itupun selepas mendapatkan kepastian dari kawan. Walaupun tak sama macam kerapu di Malaysia tapi ada iras. Sama spesies ...tapi sebab duduk dekat Laut Arab jadi kulit dia warna lain sikit...heheh. Lilly bab-bab nama jenis ikan memang fail...hanya tahu ikan tenggiri yang dah belah, ikan kembung, ikan pari, ikan bawal...

Selalunya lilly masak sweet sour bila masak ikan kerapu ini. Tapi semalam lilly cuba masak Tiga Rasa. Resepi ini olahan lilly sendiri mengikut apa yang ada di dapur ...inspired by CMG & kak Hanieliza..from blog kak Ummi Kuantan.


Ikan Kerapu Masak Tiga Rasa

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan kerapu
1 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
3 camca besar tepung jagung
1 batang lada merah - hiris kasar
1/4 capsicum hijau - hiris bulat
1/2 nenas dalam tin - ditoskan airnya
1/2 batang timun - buang kulit dan belah kiub panjang
1 biji tomato - belah 6
1 camca besar gula

Bahan Tumis:-
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris halus
1 inci halia - dihiris
1 camca besar cili kisar

Bahan Sos:-
3 camca besar sos tiram
3 camca besar sos tomato
2 camca besar sos cili
1 sb kicap manis
1/4 cawan air


Cara memasak:

  1. Lumur ikan yang telah dicuci bersih dengan serbuk kunyit dan garam dan salutkan dengan tepung jagung. Goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam kuali yang sama, ceduk keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 3 camca besar.
    Masukkan bahan-bahan tumis dan goreng hingga garing.
  3. Kemudian masukkan bahan sos kecuali kicap manis. Gaul hingga rata. Masukkan sedikit air.
    Masukkan tomato, cili, capsicum, nenas dan timun. Masak 2 - 3 minit.
  4. Masukkan kicap manis dan gula dan garam secukup rasa. Kacau rata.
  5. Tutup api. Curahkan di atas ikan yang telah diletak pinggan hidang.

Tuesday, 26 January 2010

SUP AYAM LENGKUAS

Resepi sup ayam lengkuas ini rasanya ala-ala tom yam. Mungkin sebab lilly letak lengkuas banyak dan perah lemon. Sesekali tukar selera masak begini. Senang sangat. Aisyah n Ammar pun suka. Aisyah ingat lilly masak singgang mula-mula sebab itukan lauk favorite dia. Nasib baik dia suka. Ammar makan nasi habis satu pinggan.

Sup Ayam lengkuas

Bahan-bahannya:
200g isi ayam - dipotong kecil
1 bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia - dihiris
2 1/2 inci lengkuas - dihiris
1 batang serai - diketuk
1 kiub ayam
1 biji tomato - dibelah 8
1/2 batang carrot - dipotong bulat
3 kuntum bunga kobis
1/2 biji lemon - diperah jusnya
1 liter air

Cara membuatnya:
  1. Panaskan periuk dengan sedikit minyak. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan lengkuas. Kacau seketika hingga naik bau. Masukkan air, serai dan kiub ayam. Masak dengan api sederhana perlahan lebih kurang 20 minit.
  2. Masukkan ayam dan tomato. Perahkan sedikit lemon. Masukkan garam secukup rasa. Tunggu hingga mendidih.
  3. Masukkan carrot dan bunga kobis. Biarkan sehingga ayam masak. Tutup api dan boleh dihidang.

Sunday, 24 January 2010

GRAFFITI ROCK & THUMAMAH DESERT

Khamis lepas sungguh adventurous rasanya. MH bawa Lilly dan anak-anak ikut kawan-kawan di sini melihat kesan sejarah tulisan/grafiti beribu tahun dahulu dan picnic di padang pasir Thumamah.

Ada 4 buah kereta semuanya termasuk kereta kami. Group kami sampai di Graffiti Rock lebih kurang pukul 11.00 pagi satu setengah jam perjalanan. Graffiti rock tu jaraknya lebih kurang 110 km dari Riyadh arah barat melalui Mekah road. Jauh juga...Ammar dalam kereta tak habis-habis tanya bila nak sampai ni..kata nak pergi desert...tu banyak desert . Hihihihh...betul la tu katanya...desert kiri kanan sepanjang highway itu. Lilly tak panjat pun bukit tengok tulisan grafiti tu sebab takut tinggalkan anak di bawah..risau karang Ammar tiba-tiba panjat bukit tu. Aisyah yang pasti akan melalak bila kena tinggal sorang-sorang kat bawah bukit.


Lepas puas melihat kesan grafiti dan berposing lebih kurang sejam apa lagi kami berpicnic pulak di situ....perut pun dah lapar. Ammar dan Aisyah sempat juga main layang-layang yang MH beli tepi jalan semasa dalam perjalanan.


Pukul 2.30 petang, kami pun menuju ke Thumamah join kumpulan kak Zura Meor dan Kak Dina Mus berpicnic dan BBQ...budak-budak naik ATV dan bermain pasir. Meriah sungguh. Pukul 7.30 malam barulah kami bertolak pulang ke rumah. Itupun sebab nak pulang Hyundai Santafe yang MH sewa sebelum 9.00 malam.



P/S: tired but happy...2 activities in one day...thanks friends. Status lilly di FB malam tu.
Tapi sebenarnya A million thousands to my lovely husband. Tak terucap dengan kata-kata dan tulisan ..hanya Allah yang tahu hati ini..

Wednesday, 20 January 2010

KUIH LAPIS Tulip77

Alhamdulillah lilly sudah sihat...tu yang ada semangat hendak membuat kuih lapis. Tengahari tadi, Lilly telefon kawan lilly kak Nora ni tanyakan resepi kuih lapis yang dia selalu buat. Kak Nora ni selalu buat kuih lapis. Sedap...siap dapat order banyak kali daripada kawan-kawan di Riyadh.
Menurut kak Nora, resepi itu di ambil di MyResepi. Dia lupa pulak nama tuan punya resepi itu. Dia suruh lilly cari resepi itu di MyR..yang pakai 1 cawan tepung beras dan 1/2 tepung gandum. Aisehh...kenalah lilly gi nengok satu-satu. Nasib baik jumpa...resepi by tulip77. Memang senang nak buat dan rasa memang sedap. Credit pada tuan punya resepi.

Kuih Lapis
Sumber MyR oleh Tulip77

Bahan-bahan ( loyang besar utk 40 org )
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
1 st garam
2 paket santan serbuk
1 st minyak masak
3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
4 cawan air

Cara membuatnya:
  1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
  2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
    Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
  3. Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
  4. Lepas 5minit, masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
  5. Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
  6. Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
    * Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak.

Tuesday, 19 January 2010

LAMBAIAN RINDU 14-16 JAN


Alhamdulillah dipanjat syukur kerana lilly dan MH dapat menjejakkan kaki lagi di bumi bertuah Mekah al-Mukaramah sekaligus mengerjakan ibadah umrah di pagi dinihari 14 Januari 2010, Khamis 3.15 pagi. Hati ini sayu tatkala memandang Kaabah kerana rupanya sudah 7 bulan lilly tidak memijakkan kaki di tanah yang penuh barakah itu. Benarlah kata orang kalau belum dijemput oleh Nya walaupun jarak kita tidak jauh...kita memang tidak akan dapat jemputan.

Kedatangan lilly kali ini disertai dengan dugaan kerananya lilly kurang sihat sebelumnya dan sehingga pulang ke Riyadh. Sakit tekak yang amat perit sewaktu mengerjakan umrah memperlahankan gerakan lilly sewaktu melakukan saie. Bagaimanapun alhamdulillah ibadah umrah selesai pada pukul 5.15 pagi selama 2 jam.

Excitednya kedatangan kali ini membuatkan lilly banyak mengambil gambar di dalam Masjidilharam dan juga kawasan sekitarnya. Terasa macam pertama kali menjejakkan kaki di Mekah gayanya. Lilly dan famili berpeluang menginap di Zam Zam hotel berhadapan pintu no 1 Masjidilharam. Berada di dalam Zam Zam tower terlupa sekejap yang sebenarnya Masjidilharam hanya berhadapannya. Ini kerana terdapat banyak kedai beraneka jenis seperti di Riyadh di dalamnya dari Next, Mothercare, Topshop, Debenhams, Guess etc. Dilengkapi juga dengan food court yang menjual makanan segera seperti KFC, Pizza Hut, Baskin Robbins...No komen.

Lilly dan famili meninggalkan Mekah pada pukul 10 pagi Sabtu untuk menaiki pesawat tengaharinya. Doa lilly semoga lilly dan MH serta anak-anak dapat lagi menjejakkan kaki di Mekah. Amin.





P/s: Walaupun masih belum sihat ku gagahkan juga menaip pengalaman yang berharga ini.

PUDING JAGUNG

Puding jagung ini lilly buat malam Selasa minggu lepas untuk dibawa ke morning coffee rumah kawan pagi esoknya. Tapi tak sempat update blog ini dan keadaan lilly pun tidak mengizinkan kerana lilly kurang sihat..batuk, selesema, demam n sakit tekak...complete.
Puding jagung ini emergency case...yelah invitation tengahari esok paginya majlis. Pikir nak buat apa yang paling senang dan bahan pun ada...alhamdulillah teringatkan puding jagung yang resepinya ada dalam simpanan file masakan dalam laptop lilly. Senang sangat membuatnya.

Puding Jagung
Sumber MyR oleh F&N

Bahan-bahannya:
1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis
3/4 cawan gula (lilly tambah ke 1 cawan gula)
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair (lilly tukar 1 cawan susu cair + 1/2 cawan santan)

Cara membuatnya:
  1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
  2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan.

Wednesday, 13 January 2010

AYAM BLACKPEPPER MAYONIS

Bakar ayam lagi lilly semalam. Sebabnya rasa senang sangat rupanya bakar ayam ini. Sihat pun juga sebab tak berminyak. Lilly padankan ayam bakar blackpepper mayonis ni dengan nasi ayam.

Ayam Blackpepper Mayonis

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar blackpepper
2 sudu besar madu
2 sudu besar gula
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil garam
3 sudu besar mayonis
sedikit lada sulah


Cara membuatnya:
  1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga halus. Masukkan bahan blend di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, madu dan lada hitam.
  2. Masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati. Perap selama 2 atau 3 jam di dalam peti ais.
  3. Bakar pada suhu 200 C selama 1 jam atau sehingga masak, sedia untuk dihidangkan.

Tuesday, 12 January 2010

CORNFLAKES MADU

Apa food hendak dibawa Ammar hari Rabu ini? Untuk celebrate 'Show & Tell' giliran Ammar hari itu...lilly terpikir-pikir... yang mudah. Mula-mula ingat hendak buat cupcakes tapi lilly tukar fikiran bila memikirkan yang lilly kena buat cupcakes hari Selasa nanti. Hari Selasa macam biasa ada kelas mengaji al-Quran dan mesti sibuk sikit hari itu. Pikir punya pikir nasib baik timbul idea hendak buat cornflakes madu. Ok jugakan Ammar bawa ini ke sekolah. Mesti budak-budak Arab kelas dia kagum gile..mesti tak pernah makan.

Jadinya semalam lilly buat cornflakes madu version simple hanya taburkan colourful rice. No almond nibs. Ammar tolong lilly taburkan colourful rice atas cornflakes madu. Business minded rupanya anak lilly itu..dia nak jual cornflakes madu ini di sekolah kalau kawan dia hendak lagi. Bukan murah..mahal ooii..1 bijik 1 riyal. Mampus kena jawab kalau mak-mak Arab call lilly tanya kenapa jual mahal sangat.




Cornflakes Madu (80 biji)

Bahan-bahannya:
125 g butter
250 g cornflakes - diramas sedikit
1/2 cawan gula perang
2 sudu besar gula pasir
4 sudu besar madu
colourful rice/manik
paper cup secukupnya

Cara membuatnya:

  1. Cairkan butter di dalam periukk dengan api perlahan. Masukkan gula perang, gula pasir dan madu di dalam periuk. Kacau sentiasa supaya tidak hangit. Tutup api.
  2. Masukkan cornflakes di dalam periuk dan kacau rata cepat-cepat.
  3. Masukkan cornflakes dalam papercup dan tabur colourful rice/manik.
  4. Bakar sekejap di dalam oven pada suhu 180 C selama 5 minit.
  5. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

    Sekejap je licin.Hanya tinggal untuk dibawa ke sekolah.

Monday, 11 January 2010

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA


Lilly suka agar-agar santan ni dari kecik. Sebabnya mak lilly selalu buat bila masa kenduri. Masa first time nak buat agar-agar santan ni lilly siap call mak di Malaysia tanya macam mana nak buat. Lilly ada jumpa resepi santan dari blog kak liza, tapi tak faham macam mana layer boleh terjadi. Rupa-rupanya mak cakap layer tu akan terbentuk sendiri bila bancuhan santan tu naik ke atas. Tu mak cakap bancuhan santan tu kena pekat. Lilly agak-agak je bancuhan santan masa first time buat agar-agar santan tu, Alhamdulillah menjadi.
Dah lama tak buat agar-agar santan ini. Jadinya Jumaat lepas lilly buat agar-agar santan ini, separuh bahagian dibawa ke majlis kenduri aqiqah kawan lilly.

Agar-agar santan gula melaka

Bahan-bahannya:
1 paket agar-agar tali
1 ketul gula melaka size kecil
1 cawan gula pasir
2 liter air
12 sudu besar santan serbuk
1 cawan air
1 biji telur
1 helai daun pandan disimpul

Cara membuatnya:
  1. Masak 2 liter air dan agar-agar hingga larut. Masukkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan. Rasa manis larutan agar-agar tadi mengikut citarasa.Tambah gula pasir lagi jika kurang manis.
  2. Di dalam bekas yang lain, masukkan 250ml air dan serbuk santan. Kacau hingga santan tidak berketul.
  3. Masukkan telur ke dalam bancuhan santan tadi dan kacau lagi.
  4. Kemudian tutup api periuk dan keluarkan daun pandan tadi. Masukkan bancuhan santan. Kacau sedikit saje.
  5. Terus masukkan agar-agar tadi ke dalam bekas yang sesuai. Sejukkan dan boleh dipotong.

Sunday, 10 January 2010

WINTER SALE!

Sale lagi!

Khamis lepas Lilly shopping baju sikit untuk anak-anak dan anak kawan (sebagai hadiah). Walaupun tak shopping untuk diri sendiri tapi still best sebab dapat shopping untuk orang yang kita sayang...Oops lupa pulak lilly dan MH shopping carpet malam tu dan Jumaat esoknya.

Kalau sale masa winter memang best...sebab baju branded memang murah berbanding Malaysia. Di Riyadh kalau sale memang betul-betul sale...discount sampai 50-80%. Berbaloi tunggu winter sale.




Friday, 8 January 2010

AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS

Rabu lepas Lilly masak ayam panggang, mashed potato, salad dan juga macaroni cheese. Western gitu dinner last Wednesday. Resepi ini lilly ambil dari blog Hana...blog yang selalu lilly ronda-ronda. Lilly tidak pakai satu ekor ayam tapi lilly pakai 6 bahagian maryland sebab itu je yang ada kat rumah. Sedap ayam panggang ni dan MH makan 3 bahagian tau...




Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
Bahan-2 untuk make up ayam :
3 biji bawang besar (lilly pakai 1 bawang besar je)
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk.
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr - tak letak
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar herba campuran -pakai all spice
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega
lilly tambah 2 sudu besar dried rosemary

Cara membuatnya:

  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
    Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
    Perap selama 1 1/2 jam.- Lilly perap 4 jam.
  2. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  3. Hidangkan bersama kentang putar n salad.

CHEESY MASHED POTATO



Selalunya lilly buat mashed potato plain aje..tapi kali ini lilly buat cheesy mashed potato macam dekat TGI Friday's. Alhamdulillah menjadi.

Cheesy Mashed Potato

Bahan-bahannya:
750 g russet potato
Air yg cukup untuk merebus
3 sudu besar butter
2 sudu besar mayonaise
3 sudu besar cawan susu segar
10 g cheddar cheese
1 sudu kecil black pepper

Bahan-bahan untuk gravy :
2 ulas bawang putih dicincang halus
2 sudu kecil black pepper
3 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
2 sudu besar tepung jagung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
1/2 kiub ayam
2 sudu besar butter
garam secukup rasa

Cara membuatnya:

  1. Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi kentang. Letak sedikit garam. Rebus hingga empuk dan toskan air lebihan.
  2. Dalam periuk api perlahan, cairkan sedikit butter dan cheese dengan susu segar. Masukkan cheese tadi ke dalam kentang yang telah direbus. Masukkan mayonaise dan serbuk black pepper dan lecekkannya.Lecekkan sampai kentang halus. Masukkan ke dalam bekas dan padatkan. Buat lubang di tengah-tengah. Curah gravy di atasnya.
  3. Untuk Gravy :
    Tumis bwg putih dan butter hingga warna perang dan wangi.
    Masukkan semua air, kicap manis, kiub ayam dan garam. Masak hingga didih.
    Masukkan bancuhan tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( Ikut citarasa masing2). Tuangkan gravy atas mashed potato tadi semasa menghidang.

Tuesday, 5 January 2010

PUDING ROTI CHOC CHIPS & PISANG

Sayang tengok roti yang terbiar dekat atas kabinet. Lilly pun terpikir hendak buat puding roti pagi tadi. Ronda-ronda cari resepi di internet. Lebih kurang sama aje. Akhirnya terciptalah resepi puding roti pagi tadi.
Alhamdulillah MH kata sedap puding roti ini walaupun dia tak suka puding roti sebenarnya. MH kata rasa puding roti ini lain dari biasa. Mungkin combination choc chips dengan pisang membuatkannya ada kelainan.


Puding Roti Choc Chips & Pisang

Bahan-bahannya:
9 keping roti - dibuang kulit
2 cawan susu segar
1 1/2 cawan gula - boleh kurangkan jika suka kurang manis
4 biji telur
1/4 cawan minyak jagung
1 sk esen vanila
1/2 cawan choc chips
2 biji pisang - dihiris serong
5 biji prune kering -dihiris

Cara membuatnya:

  1. Potong tepi kulit roti dan koyakkan. Rendamkan roti dengan susu di dalam satu bekas selama 1/2 jam.
  2. Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan esen vanila da minyak jagung. Kacau rata. Masukkan bancuhan di dalam bancuhan roti. Kacau rata.
  3. Masukkan bancuhan ke dalam tempat pembakar. Taburkan choc chips. Susun hirisan pisang dan hirisan prune.
  4. Bakar pada suhu 180 C selama 40-45 minit. Keluarkan dan sejukkan. Enak dimakan sejuk.

AYAM GORENG SRI WANGI

Simply sedap! Memang mudah nak membuatnya dan memang best! Semalam lilly masak Ayam Goreng Sri Wangi ni resepi dari buku Chef Wan. Tiga empat hari lepas bila baca newspaper online asyik cerita pasal Chef Wan kahwinkan anak dia Serina je, jadi lilly pun terbukalah hati hendak masak ikut resepi dalam bukunya Simply Sedap!. Setakat ini baru dua resepi je yang lilly pernah masak....Ayam Goreng Sri Wangi (2x) dan Chef Wan's Chicken Rice (2x). Walaupun buku ini telah hampir berusia 8 tahun dengan lilly...ish..ish..ishhh. Nasib baiklah bukan lilly yang beli buku ini...hadiah kahwin.

Ayam Goreng Seri Wangi

Bahan-bahannya:
4 bahagian dada ayam-dipotong sederhana kecil
(lilly tidak pakai bahagian dada, pakai mixed part)
minyak masak untuk menggoreng
1 sudu besar minyak masak
2 batang serai-dihiris nipis (lilly pakai 1 batang je)
1 kuntum bunga kantan -dihiris nipis
10 cili api - dihiris
2 sb pes tom yam
60ml/ 1/2 cawan air
1 sk madu
1 1/2 sb mayonnaise
3 daun limau purut - dihiris halus

Lilly tambah (sorry ye chef wan)
2 helai daun limau purut
1/2 inci lengkuas - dihiris bulat

Bahan perapan. Gaul sebati.
1 1/2 sb sos tiram
garam
1 biji telur, dipukul
3 sb tepung jagung

Cara membuatnya:
  1. Satukan ayam dan bahan perapan dan perap selama 15 minit.
  2. Goreng ayam sehingga berwarna keperangan dan garing. Angkat dan toskan.
  3. Di dalam kuali, panaskan 1 sudu besar minyak dan masukkan serai, bunga kantan, lengkuas, cili padi dan pes tom yam. Kacau hingga naik bau.
  4. Masukkan air, madu dan ayam. Kacau rata. Padamkan api dan masukkan mayonnaise. Masukkan daun limau purut.
  5. Tabur daun limau purut yang dihiris nipis sewaktu menghidang.


Monday, 4 January 2010

LABU MASAK LEMAK

Lama lilly tak makan labu masak lemak. Dipadankan dengan ikan goreng berlada dan sayur air dengan telur ...MH tambah nasi semalam walaupun katanya dia diet. Aisyah makan kuah tanpa labunya...tak kisah la kan asalkan dia makan.

Labu Masak Lemak


Bahan-bahannya:
1/2 biji buah labu-ikut size
1/2 bawang besar - dikisar halus
2 ulas bawang putih - dikisar halus
3 biji cili padi - dikisar halus
sedikit serbuk kunyit
1 batang serai dititik
2 helai daun kunyit
1 cawan santan -(1 cawan+ 6 sb santan serbuk)
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

  1. Buang kulit labu dan potong sederhana kecil berbentuk tiga segi.Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
  2. Masukkan bahan kisar dan sedikit serbuk kunyit dan tumis sehingga masak sedikit. Masukkan serai, daun kunyit dan 1 cawan air. Tunggu sehingga mendidih.
  3. Masukkan labu yang telah dipotong. Masak seketika. Masukkan santan, sedikit garam dan gula. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak.
  4. Rasa kuah lemak mengikut citarasa, tambah garam jika perlu. Tutup api setelah labu masak dan naik bau.

Sunday, 3 January 2010

NASI LEMAK

Ini nasi lemak sempoi bukan nasi lemak antarabangsa tau sebab tiada ayam goreng @ rendang @ sambal kerang @ paru goreng....

Tapi apa yang lilly ingin ketegahkan ialah cara memasak nasi lemak ini. Lilly letakkan daun pisang bawah tudung periuk untuk mendapatkan aroma daun pisang. Jimat daun pisang...tidak perlu balut nasi lemak dengan daun pisang untuk mendapatkan baunya. Thank you to my friend kak Dina yang telah memberitahu teknik ini semasa we all pergi picnic 2 weeks ago.

Nasi Lemak

Bahan-bahannya:
2 cawan beras -basuh dan toskan
3 cawan santan - (1 cawan air=3 sb santan serbuk)
3 helai daun pandan koyakkan dan simpul
1/2 inci halia - dihiris
3 ulas bwg merah -hiris
1/2 sk halba
garam secukup rasa
daun pisang - dibersihkan

Cara membuatnya:
  1. Masukan semua bahan dalam periuk. Alas tutup periuk dengan daun pisang dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
  2. Bila nampak nasi kering, kacau rata dan tutup semula tudung periuk dengan daun pisang. Biarkan ia sentiasa panas dalam periuk rice cooker.
  3. Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus, ikan bilis goreng, ulam timun dan kacang goreng.

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails