Wednesday, 1 December 2010

Cupcake Chocolate Kak Elin



Dapat note dari sekolah 2 hari lepas yg Ammar ada party kat sekolah hari ni. Dalam kepala ni pikir nak bekalkan apa utk dia. Daddy Ammar pulak outstation di Abu Dhabi. So terpaksa lah masak...kalau daddynya ada mmg lilly dah suruh beli jajan atau gula-gula. Pikir punya pikir apa yang paling senang nak buat dan rasanya boleh diterima oleh budak-budak arab ... teringat pada cupcake choc kak elin. Cupcake choc ni kak Elin selalu bawa bila ada jamuan makan kat rumah kawan-kawan. Budak-budak la paling suka. So, pagi semalam lilly pun msg fb kak elin meminta resepi.

Punyalah senang nak buat cupcake choc ni. Rase macam buat jemput-jemput je. Aisyah balik sekolah tengahari cupcake dah siap. Seronok dia tengok mummy buat cupcake...


Cupcake Chocolate Kak Elin

Bahan-bahannya.

2 cawan gula
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas (suam2 pun boleh)
1 cawan susu cair (susu full fat + susu evaporated pun boleh)
2 biji telur

*oleh kerana lilly takde tepung naik sendiri, lilly guna 1 3/4 tepung serbaguna + 1 sk baking powder + 1 sk soda bicarbonate

Cara:

Campurkan kesemuanya kecuali air panas.Masukkan air panas dan kacau lagi sampai sebati. Sediakan kertas cupcake dan bakar hingga masak. Bakar pada suhu 180 C selama 15-20minit. Sejukkan. Hias dengan topping kesukaan masing-masing jika suka.


Tuesday, 9 November 2010

Puding Pelangi


Frust rasenya buat puding ni sebab pelanginya tak menjadi. Apa-apa pun rasenya sedap. But Ammar complain kenapa rasa puding ni lain. Maybe dia compare dengan rase puding roti marble yang lilly selalu buat kot.

Lilly punya puding cepat mengeras semasa hendak letak di dalam bekas. Nak kata slow sangat buat kerja tak de lah. Mungkin lilly terkurang letak susu cair. Lilly letak 200ml susu cair je. Sebabnya tak tahu exactly sukatan susu cair tu. Di sini sukatan satu tin susu cair lain-lain. Lilly main agak-agak je. Next time kena tambahkan lagi susu cair rasenya ataupun kurangkan sedikit serbuk agar-agar kepada 8 gram.

Puding Pelangi
Sumber: Alma MyResepi

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
10g serbuk agar2
650ml air
200gm gula pasir (kalau nk kurang manis wat dlm 180gm pun ok) - lilly kurangkan kpd 180gm
60gm mentega
1 biji telur
½ tin susu cair
1 sudu makan tepung custard
1 sudu makan serbuk koko - lilly letak 1/2 sudu kecil choc emulco
1/2 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh)

Cara-cara:
  1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan.
  2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
  3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
  4. Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
  5. Sengetkan loyang/pe2 bekas puding sedikit (yg Alma gunakan bekas square 7x7in) - i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn pe2 utk tinggikan).
  6. Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
  7. Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bila dah keras leh ler ngappp....sori ler, puding yg buat ari tu xmcm pelangi sgt baru je msk dlm fridge, anak I stir sket ngan jarinye - xsabor nk mkn :(

Monday, 8 November 2010

Kerapu Kukus Cendawan Bersuhun


Semalam lilly masak ikan kerapu kukus kerana dah lama rasanya tak makan ikan kukus. Tukar selera pulak makan ikan yang berkukus. Selalunya lilly masak sweet sour je ikan kerapu ni. Ikan ni rasa ala-ala masakan cina sebab letak dried mushroom. Semerbak bau mushroom sewaktu mengukus.


Kerapu Kukus Cendawan Bersuhun
Sumber: Olahan sendiri

Bahan-bahannya:
1-2 ikan mengikut size
1/2 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - diketuk
1 inci halia - dihiris
1/2 biji lemon
½ batang carrot
10 biji dried mushroom - direndam dahulu
1 ketul suhun - direndam dahulu
1 sb sos ikan
2 sb sos soya
secubit garam

Cara membuatnya:
  1. Panaskan kukusan.
    Basuh ikan dengan perahan lemon hingga hilang bau hanyir.
    Letakkan ikan di dalam bekas.
  2. Di dalam satu bekas satukan sos ikan dan sos soya dan juga garam. Curahkan di atas ikan.
  3. Susun bawang merah, bawang putih, hirisan halia, carrot dan mushroom.
    Susun lebihan lemon dan suhun di atas ikan.
    Kukus ikan di dalam kukusan antara 30 minit.
    Angkat ikan. Boleh dihidangkan.

Thursday, 4 November 2010

Blueberry puff


Ini pun siaran tertunda dari bulan Syawal lepas....blueberry puff. Senang sangat nak buatnya. Hanya memerlukan instant puff dan juga blueberry filling dalam tin...bakar. Lilly dapat idea membuatnya dari curry puff yang selalu di buat masa bulan Ramadhan. Lilly cuba gantikan dengan something yang manis sebagai pencuci mulut. Boleh juga gunakan strawberry and apple filling.


Blueberry Puff

Bahan-bahan:
Puff pastry secukupnya
Blueberry filling
Sapuan
- Sedikit susu segar dan 1 biji telur-pukul kembang


Cara membuatnya:
  1. Defrostkan sekejap instant puff lebih kurang 15 minit.
  2. Ambil satu bahagian dan potong 4 segi sama. Susun satu bahagian dan letakkan di atas dulang pembakar yang telah disapu butter/marjerin.
  3. Letak bluberry filling di tengah-tengah kulit puff. Ambil lagi satu bahagian dan tutup dengan menekan perlahan-lahan di keliling.
  4. Ambil lagi satu kulit puff dan potong 'X' di tengah-tengah dengan pisau yang tajam. Kemudian letak di atas puff tadi. Tekan perlahan-perlahan sekelilingnya. Lipat ke arah keluar potongan 'X' tadi supaya kelihatan seperti bunga.Letak blueberry filling di tengah-tengah kelopak bunga.
  5. Ulang langkah 2 hingga 4 sehingga habis.
  6. Sapu bancuhan susu dan juga telur di sekeliling kulit puff.
  7. Bakar lebih kurang 10-15 minit suhu 180C. Angkat dan hidangkan.

Mee Kari


Ini siaran tertunda disebabkan tidak ditiup angin rajin berblogging. Lilly pun dah tak ingat exactly date lilly masak mee kari ni. Kalau tak silap dalam bulan raya...tekak ni teringin nak makan mee kari bila tengok gambar kawan2 pergi open house di Malaysia...huhuhh. Sedap resepi ni. Lilly pakai daging rebus je...kalau letak kerang mesti sedap kan.


Mee kari
Sumber: Dayang Jack
Bahan-bahan : Hidangan utk satu keluarga



Bahan A
1/2 kilo mi kuning (dicelur)
4 biji telur rebus (dibelah dua)
sedikit sawi (dicelur)
sedikit taugeh (dicelur)
sedikit daging lembu (direbus dan dihiris nipis)
2 biji cili merah (dihiris)
sedikit daun sup(dihiris)
sedikit bawang goreng
tauhu yg sudah digoreng (dihiris)
udang yg sudah digoreng/direbus- optional
2-3 biji limau kasturi - optional

Bahan B (kuah)
250-300 g keledek merah (direbus dan dikisar lumat)
5 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
1/2 inci lengkuas (dikisar)
segenggam udang kering (dikisar)
rempah 4 sekawan
3 sudu makan serbuk kari daging (dibancuh dgn sedikit air)
2 sudu makan tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
2 sudu makan kerisik (kalau xde kerisik, buatlah sendiri. Ambil 2 sudu besar kelapa parut, pastu goreng tanpa minyak sampai perang. Then, tumbuk lumat. dah siap)
700-800 ml air atau lebih
gula dan garam secukupnya
minyak masak


Cara-cara :
  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan rempah 4 sekawan diikuti dgn bahan-bahan kisar.
  2. Masukkan pes kari dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan keledek yg tlh dikisar dan juga air. Kacau sekali sekala dan biarkan mendidih.
    Masukkan tepung gandum, kerisik, garam dan gula. Kacau hingga sebati. (kuahnya boleh adjust sendiri samada nak pekat atau perlu ditambah air).
  4. Apabila sudah masak, biarkan merenih seketika.
    Cara hidangan : Sediakan pinggan/mangkuk. Susunkan bahan A dan tuangkan kuahnya.

Wednesday, 3 November 2010

Kuih Lapis 2

Angin rajin datang lagi selepas masuk gear 3 buat kuih pau kelmarin. Diiringi angin rajin update blog pagi ni. Semalam Lilly buat kuih lapis resepi dari blog kak Ann periuktanah.blogspot . Anak-anak suka sangat. Lama rasanya tak buat kuih lapis kaler merah putih.


Kuih Lapis
Sumber : Kak Ann periuktanah blogspot

Bahan-bahan: menghasilkan satu loyang bulat berdiameter 7 inci)
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
5 cawan santan sederhana pekat (daripada sebiji kelapa) - lilly pakai 2 paket serbuk santan + 5 cawan air
lilly tambah 1 sudu teh garam dan 1 sudu teh minyak masak
sedikit pewarna merah dan esen ros/ pisang( setitik, dua je)
1/4 sudu teh garam

Cara membuatnya:

  1. Panaskan pengukus.
  2. Dalam satu mangkuk besar, campurkan tepung gandum, tepung beras, gula pasir dan santan. Gaul sebati menggunakan whisk. Tapiskan ke dalam bekas lain agar adunan sebati. Lilly hanya blend semua bahan-bahan di atas plus 1 sudu teh garam + minyak masak dan tapis.
  3. Bahagikan kepada 2 bekas. Untuk selamat kira secawan demi secawan. Kalau nak buat 7 lapis, bahagikan mengikut nisbah 3:4. Bahagian yang 4 cawan diwarnakan merah dan biarkan satu bahagian lagi putih.
  4. Letakkan garam di dalam adunan putih dan esen ros di dalam adunan merah.
  5. Letakkan loyang di dalam pengukus. Tuangkan satu cawan adunan berwarna merah dan kukus selama 7-10 minit. Ulang proses hingga lapisan terakhir berwarna merah. Tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya menyerlah.
  6. Setelah siap, keluarkan daripada pengukus dan sejukkan. Kalau nak cepat, rendamkan loyang dalam dulang berisi air ais dan bila loyang sejuk , barulah dimasukkan ke dalam peti ais.
  7. Potong dan hidangkan.

Salam Bersiaran - Pau CMG



Salam...

Hampir dua bulan rasenya lilly tidak meletakkan apa-apa entry mengenai masakan. Mood hendak mencuba resepi baru macam terkubur sekejap. Mood untuk berblogging memang langsung takde...hanya rajin menjengah rumah bloggers je tengok apa yang dimasak. Lilly hanya masak lauk yang menjadi kebiasaan dan mmembuat kuih resepi ulang tayang yang memang sudah terjamin jadi dan sedap. Ohh..terlupa pulak lilly ada membuat biskut raya resepi famili MH bulan puasa lepas dan juga dua tiga resepi baru. Insya Allah lilly akan post kan resepinya jika ada kelapangan.

Dua hari yang lepas lilly cuba membuat pau yang menggunakan double action baking powder. Resepi pau dari Mat Gebu yang telah ditambah tolak mengikut kata hati. Lilly skip cuka sebab dah expired dan tambahkan sedikit bread improver kerana lilly hanya menggunakan tepung gandum bukan tepung pau seperti di dalam resepi. Alhamdulillah pau menjadi... lembut dan gebuss. Jom tengok resepi.


Pau CMG

Bahan-Bahannya :
240 g tepung Hong Kong/Tepung halus/tepung waterlily/tepung pau-lilly guna tepung gandum
1 camca teh Double-Acting baking powder
1 camca teh instant yeast
1/2 camca teh garam
25 g lemak sayur (shortening)
100 ml air suam*
30 g gula halus*
1/2 camca teh cuka*(*disatukan, kacau hingga sebati)-lilly tak letak
lilly tambah 1/4 sk bread improver
Inti kacang merah secukupnya atau pun ikut kegemaran masing2-lilly letak inti kari daging


Cara membuatnya :

  1. Satukan tepung, yeast, garam dan double-acting baking powder dalam satu bekas, gaul hingga rata. Tuang bahan yang disatukan sedikit demi sedikit hingga habis dalam adunan tadi sambil digaul hingga menjadi doh.
  2. Masukkan lemak sayur dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal (lebih kurang 15 minit). Masukkan dalam bekas lain, tutup permukaannya dengan plastik cling dan biar 45 minit hingga doh naik sekali ganda.
  3. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan di atas kecuali "inti" ke dalam bread maker, pilih setting for dough dan tekan. Biar hingga siap.
  4. Keluarkan doh, uli sekejap dan bagi kepada 10 bahagian (kurang lebih 40 g setiap bahagian) dan bulat2kan. Ambil satu, leperkan dan isi inti, tutup kemas dan bukat2kan, letak atas kertas minyak yg telah dipotong 2 inci x 2 inci dan sapu dgn sedikit lemak sayur. Buat hingga siap.
  5. Rehatkan 25 minit dan kukus atas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan boleh dihidangkan panas atau pun suam...Selamat mencuba.


Thursday, 5 August 2010

Lemak Pucuk Paku Pakis


Sayur paku pakis ini dibawa oleh mak lilly masa datang Riyadh minggu lepas. (Mak and abah datang Riyadh jap dan insyaAllah akan pergi menunaikan umrah awal Ramadhan tahun ini. )Lilly siap sms mak suruh cari dan bawakan sayur paku pakis ini. Sebabnya masa balik Malaysia bulan Julai tu tak sempat/dapat makan sayur lemak pucuk paku pakis. Balik Riyadh teringat-ingat.. takut kempunan.... tu yang minta mak bawakan.


Lemak Pucuk Paku Pakis

Bahan-bahannya:
2-3 ikat pucuk paku pakis - siang ambil pucuk bhgn lembut
1/2 bawang besar - dikisar halus
1 ulas bawang putih - dikisar halus
3 biji cili padi - dikisar halus
sedikit serbuk kunyit
1 batang serai dititik
1/2 cawan santan pekat-(1/2 cawan air+ 3 sb santan serbuk)
1 cawan santan cair - (1 cawan air+ 2 sb santan serbuk)
garam dan gula secukup rasa


Cara membuatnya:
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Masukkan bahan kisar dan sedikit serbuk kunyit dan tumis sehingga masak sedikit. Masukkan serai dan 1 cawan santan cair. Tunggu sehingga mendidih.
  2. Masukkan sayur pucuk paku pakis yang telah disiang. Masak seketika. Masukkan santan pekat, sedikit garam dan gula. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak.
  3. Rasa kuah lemak mengikut citarasa, tambah garam jika perlu. Tutup api setelah kuah masak dan naik bau.

Tuesday, 27 July 2010

Pajeri Nenas



Pajeri nenas ni lilly bawa masa lunch rumah kak nora Khamis lepas. Tak sangka sedap juga pajeri nenas resepi olahan lilly sendiri. Kalau tak puji diri sendiri sapa la pulak kan..hahahahh.Lain kali boleh buat lagi.

Pajeri Nenas

Bahan-bahannya:
1 biji nenas - buang kulit dan dipotong kecil
1 1/2 biji bawang besar - dikisar halus
3 ulas bawang putih - dikisar halus
1 inci halia - dikisar halus
2 sb udang kering - dikisar halus
300ml santan cair
3 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar gula perang (boleh tukar dengan gula melaka)
3 sudu besar minyak masak
3 biji cili merah
1 ini kulit kayu manis
1 bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
4-5 sudu besar gula pasir
sedikit garam


Cara-cara:


  1. Panaskan minyak. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Tumis bahan yang telah dikisar halus. Masukkan serbuk kari dan kacau hingga garing. Masukkan sedikit air.
  2. Masukkan nenas dan biarkan masak sekejap. Masukkan santan cair.
  3. Masukkan kerisik, gula perang, gula pasir dan garam secukup rasa. Masukkan cili merah.
  4. Masak hingga mendidih dan nenas masak.

Monday, 26 July 2010

Kek Kukus Velvet Hawflakes


Tak tahu macam mana tiba-tiba angin rajin datang nak buat kek kukus Rabu lepas. Maybe ternampak gambar kek lapis kak nora dalam fb dia. Lagipun masa tu lilly memang bersemangat nak cuba 'mainan baru' besday present from my laling. Cuba teka? Jeng jeng jeng...
Tapi rasenya taubat nak buat kek lapis...penatnya nak mengukus. Lilly bukannya jenis orang yang sabar nak melapis satu-satu. Habis je mengukus satu loyang kek ...lilly curahkan balance 3 adunan tu dalam satu loyang....jadi satu kek apam kukus. Yang penting anak-anak suka apa...


Kek Kukus Velvet Hawflakes
Sumber kak fida MyResepi

Bahan-bahan ( loyang 10x7 )
5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata)
220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
1 sk rata baking powder*
1 sb ovalette
150 ml susu cair
1/2 sk garam
100 ml minyak jagung/masak
1 sk esen vanilla
pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka
secukup hawflakes (akak gunakan yg sebesar syiling 50 sen)


Cara-cara:

  1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak, hawflakes dan pewarna.
  2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  5. ***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...
  6. Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.


Saturday, 29 May 2010

Ayam Kalio


Hari ni masak ayam masak kalio sebab hati ni dah berkata-kata mingu lepas. Nasib baik ingat resepinya. Resepi ayam kalio ni resepi ubahan sendiri dari sumber cakap mulut from MIL juga dari besannya.

Ayam Kalio

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)
250 ml santan
garam dan sedikit gula
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam gelugur
2-3 helai daun limau purut
2 sudu besar cili kisar

Bahan-bahan utk dikisar :
2 labu bawang besar size sederhana
3 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
sedikit kunyit hidup

Cara-cara:
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm periuk. Tumis bahan2 kisar hingga terbit bau. Masukkan cili kisar dan serai. Masak hingga garing.
  2. Masukkan santan. Biarkan sekejap. Masukkan ayam.
  3. Masukkan daun limau purut.
  4. Agak-agak separuh masak, masukkan garam, sedikit gula dan asam gelugur. Kacau dan biarkan sampai masak. Hidangkan.

Rich Chocolate Pudding



Pagi tadi kawan lilly dan juga jiran sebelah rumah, Iza buat morning coffee kat rumah dia merangkap demo buat kuih kasui. Lilly bawa sejug teh tarik dan juga sepinggan rich choc pudding. Sebabnya nak buat benda yang paling senang dan mudah. Al maklumlah lilly ni bukan jenis orang yang rajin masuk dapur pagi. Lagilah bila hari Sabtu, semalamnya weekend...memang malas nak masak.

Lilly pun carilah resepi yang paling mudah dan lama tak buat dalam folder resepi dalam my laptop. Ternampak resepi rich choc pudding ni. Apalagi...terus buatlah.


Rich Choc Pudding
sumber junjs11 MyResepi

Bahan-bahan:
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10gm)

Cara-cara:
  1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
  2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
  3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.

Friday, 28 May 2010

Kuew Teow Kung Fu



Brunch kuew Teow Kung Fu semalam. Biasalah bila weekend....terus brunch. No breakfast. Dinner pula seawal 5.00 - 6.00 petang.
Bangun pagi...terus pikir nak masak kuew teow Kung Fu bila tengok ada 2 paket kuew teow dalam freezer. Macam mana dapat kuew teow? Sapa lagi kalau bukan dari Idah. Pembekal kuew teow dari Malaysia di Riyadh ni.


Kuew Teow Kung Fu
My style

Bahan-bahannya:
300 gram kuew teow
2 biji telur
5 ketul ayam -dipotong kecil
8-10 ekor udang (tapi lilly ganti dengan
sedikit hirisan daging yang telah direbus
2 ulas bawang putih
1/2 batang carrot- dihiris nipis
sedikit sayur kubis cina @paksoy

Bahan A
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap soya
1 sudu kecil gula
2 cawan stok ayam (lilly guna 2 cawan air + 1 kiub ayam)
2 sb tepung jagung


Cara menyediakannya:

  1. Penyediaan kuew teow. Pukul telur dalam satu bekas. Masukkan kuew teow. Rendam sekejap. Panaskan kuali dan letak 1 sudu besar minyak. Masukkan kuew teow tadi dan balik-balikan sehingga keperangan. Angkat.
  2. Panaskan kuali dan letakkan 1 sudu besar minyak. Tumis bawang putih sehingga keperangan dan naik bau. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan daging yang telah direbus. Biarkan sekejap. Kemudian masukkan bahan A.
  3. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan carrot dan sayur. Masukkan air bancuhan tepung jagung. Kacau dan rasa kuah secukup rasa. Padamkan api.
  4. Hidangkan kuew teow yang telah digoreng dengan kuah. Sedia untuk dimakan.

Tuesday, 25 May 2010

Ayam Masak Padang


Hari ni lilly cuba masak Ayam Masak Padang diambil dari blog kak ummi kuantan. Resepi asal dari sapa lupa la pulak. Minta maaf ye tuan punya resepi. Lain kali kena catat ni....karang kena saman la pulak. Nak buka balik blog kak ummi malas la pulak.

Memang sedap Ayam Masak Padang ni. Rupa lebih kurang sama dengan ayam kalio yang lilly masak satu masa dulu. (Hemm...rasanya dah dekat setahun tak masak ayam kalio....next week boleh masak la). MH balik dari ofis siap tanya lilly masak apa yang special hari ni...dia kata wangi je bau bila buka pintu rumah.

Ayam Masak Padang

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)
300 ml santan
100 ml susu cair
garam dan sedikit gula
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam gelugur

Bahan-bahan utk dikisar :
4 tangkai cili merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
2 batang serai
10 biji cili api (lilly kurangkan separuh)
sedikit kunyit hidup


Cara-cara:
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm periuk. Tumis serai dan bahan2 kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan ayam dan biarkan mendidih sebentar.
  3. Masukkan santan dan susu cair.
  4. Akhir sekali masukkan garam, sedikit gula dan asam gelugur. Kacau dan biarkan ia sampai masak. (jika xnak kuahnya pekat, boleh tambah air).
  5. Hidangkan.

Monday, 24 May 2010

Spring Holiday - Paris Amsterdam

Alhamdulillah...

Thank you very much to my laling hb kerana bawa lilly dan anak-anak bercuti ke Paris dan juga Amsterdam. Tak sangka angan-angan tahun lepas menjadi kenyataan...dapat bonus lagi dengan pergi Amsterdam dan lalu Brussels. My laling sebenarnya ada conference di Amsterdam. MH tanya nak pergi Paris tak?...lepas tu kite naik train Thalys pergi ke Amsterdam. Apalagi dengan hati yang berbunga-bunga lilly jawab 'NAK'.



Ammar n Aisyah @Keukenhof, Tulips Garden


Monday, 10 May 2010

Baby Bread Pudding


Suka sangat tengok bread pudding ni...comel kecik molek. Naik seri dan menarik bila lilly letak hirisan buah strawberry di atasnya. Lilly buat dua adunan resepi ni. Mudah dan cepat membuatnya. Resepi asal dari kak fida myResepi.


Baby bread pudding

Bahan-bahan ( 6 keping )
2 keping roti putih
2 sb tepung jagung
3 sb gula halus
100 ml susu cair
2 biji telur (guna 1 putih telur saja)
1-2 titik esen vanilla
sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
sedikit gula icing untuk tabur atas puding - (akak tk tabur pon)
mangkuk muffin - disapu majerin

Cara-cara:
  1. Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
  2. Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
  3. Masukkan roti dan buah2an campur (akak bubuh kismis aje) ke dalam mangkuk muffin.
  4. Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis. Lilly tabur juga hirisan badam di atasnya.
  5. Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
  6. Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing di atas puding jika suka.
    ***Sedap juga klau menggunakan roti berperisa buah2an.

Tuesday, 4 May 2010

Sosej Rolls

Sosej rolls ni resepi lama yang diemail oleh kak jeni dalam MMR groups...tak silap tahun 2007. Pernah buat sekali je. Setelah sekian lamanya tak buat sosej rolls ni...Wednesday last week barulah Lilly buat utk frozen. Friday baru goreng.
Sosej rolls ini sebenarnya dibawa ke party yang dianjurkan oleh MH dan lilly, kak Zura n hb, Nura & hb dan Ilyana & hb di Yamamah Resorts. Sekejap je licin habis...lilly sendiri tak dapat makan...hanya makan sedikit lebihan Aisyah dalam kereta semasa on the way ke sana. Inshaa Allah nak buat lagi sebagai bekal anak sekolah next week.


Sosej Rolls

Bahan-bahannya:
Roti sandwich secukupnya
Sosej secukupnya- rebus sekejap
1-2 biji telur - dipukul sedikit
Breadcrumbs
Bancuhan tepung gandum- sbg glu (tidak pekat @ cair)

Cara membuatnya:
  1. Steam sekejap roti. Keluar kan roti dari steamer. Kemudian gelek roti dgn rolling pin supaya roti jadi nipis.
  2. Letak sosej. Gulung roti dan gam kan hujung roti dengan banchuhan tepung gandum.
    Celupkan roti dalam telur dan kemudian golekkan roti ke dalam breadcrumbs.
  3. Goreng sosej rolls dengan minyak sederhana panas. Angkat apabila sosej rolls tadi berwarna keperangan.
  4. Sosej rolls tadi boleh juga di frozen kan. Bila hendak makan keluarkan dulu sekejap sebelum digoreng.
    goreng la.

Sosej rolls utk difrozen.

Monday, 3 May 2010

Mee Isi Ketam dan Bebola Ikan

Jom makan! Ini mee chineese style mengikut citarasa sendiri....resepi main campak-campak dan menggunakan bahan yang ada di dapur. Habis licin dikerjakan kami sekeluarga.

Mee Cina dengan Isi Ketam dan Bebola Ketam

Bahan-bahan:
10 keping isi ketam - dibahagi 2 @ 3
10-15 bebola ikan - bahagi 2
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos soya
500 ml stok ayam
1/2-1 kiub ayam "Maggi"
1 pokok daun sup, diambil ubinya dan juga di potong panjang
1/2 batang carrot - dipotong nipis serong
1 pokok sayur pak choy
1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn sedikit air
1 biji telur putih
500ml air
garam secukup rasa
1 sudu besar minyak bijan

Bahan Lain:
1- 2 bungkus Chineese Noodles - dicelur jika suka
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Sambal kicap

Cara membuatnya:
  1. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak, masukkan bawang putih yang dicincang dan goreng hingga wangi.
  2. Masukkan stok ayam, air dan ubi daun bawang. Biarkan mendidih. Masukkan sos tiram, sos soya, kuib ayam dan carrot. Biarkan sekejap 3-5 minit.
  3. Masukkan isi ketam dan fish ball. Tambah garam secukup rasa. Masukkan bancuhan tepung jagung dan telur putih dan kacau rata.
  4. Akhir sekali masukkan sayur pak choy dan daun bawang.
  5. Hidangkan bersama chineese noodles dan tabur kan dengan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan juga cili kicap jika suka.







Friday, 23 April 2010

Pisang Goreng

Sapa kata duduk dekat Riyadh tak boleh makan pisang goreng. Tak kisahlah walaupun pisang tanduk bukan pisang nipah or pisang abu. Pisang goreng is my favorite...bila balik Malaysia mesti cari pisang goreng bila waktu minum petang. Tapi kadang-kadang frust betul dengan pisang goreng yang dibeli...lembik dan berminyak. Sampaikan MH cakap makan pisang goreng kat Riyadh lagi sedap dari beli kat Kajang. (Pisang goreng yang lilly buat la apalagi)

Lilly beli pisang tanduk dekat Hyperpanda area Indian food. Mak ooii..mahal..SR10 sekilo. Tapi nak buat camne...nak makan. Pejam mata je lah. Dekat Malaysia punyalah murah. Kalau nak yang free kena balik kampunglah kan.... Teringat kejap masa kecik-kecik bila balik kampung Kati, Kuala Kangsar. Opah bagi buah tangan setandan pisang utk dibawa balik ke Kuala Lumpur. Pisang nipah rasanya. Sampai kereta belah belakang rendah dari depan. Kerana punya banyaklah buah tangan termasuk durian, manggis, rambutan dan langsat. Itu tak termasuk 1 tin kerepek pisang yang duduk dekat bahagian penumpang. Very nostalgia...

Lilly nak share teknik untuk mendapatkan pisang goreng yang rangup dengan hanya menggunakan minyak masak. Caranya ialah dengan memasukkan minyak masak yang panas ke dalam bancuhan tepung beras. Kalau tak de tepung beras, guna tepung gandum pun boleh.


Pisang goreng

Bahan-bahannya:
Pisang tanduk- dipotong serong
Tepung beras /tepung gandum
Air
2 sudu besar minyak panas
Secubit kunyit
Secubit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
  1. Masukkan semua tepung beras, kunyit dan garam ke dalam satu bekas. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi bancuhan seperti jemput-jemput ikan bilis.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali untuk menggoreng. Agak-agak minyak panas, ambil 2 sudu besar minyak dan masukkan ke dalam bancuhan tepung. Kacau rata. Masukkan pisang dan gaul rata.
  3. Masukkan pisang dalam kuali dan goreng hingga berwarna kuning keemasan. Angkat dan toskan.

Home Made Seri Kaya



Sedapnya makan roti bakar disapu dengan home made seri kaya. Sambil menikmati teh tarik instant Aik Cheong yang dibawa dari Malaysia. Terasa sekejap macam makan roti bakar kat kopitiam walaupun kaki ini tak pernah menjejaki lagi mana-mana kopitiam di Malaysia...hihihh. Macam mana tu???

Resepi homemade seri kaya ini daripada kak Jeni yang telah diminta 2 bulan lepas rasanya. Thank you kak jeni kerana baik hati berkongsi resepi dengan kawan-kawan di Riyadh ni...muahhs.

Seri Kaya
Sumber : Sarah Sayang

Bahan-Bahan
1 cawan gula + 1 cawan air - buat gula hangus dan sejukkan (4)
1/2 cawan gula + 3 biji telur - dipukul sehingga sebati (1)
1 1/2 cawan santan (2)
2 sudu makan tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air (3)

Cara membuatnya:

Campur semua bahan ikut turutan...(1), (2), (3) dan (4). Masak dgn api sederhana panas dan kacau hingga pekat/mendidih.(lbh kurang20 minit)*. Sukatan ini boleh dapat lbh kurang 500 ml sekaya...* nak wangi,boleh letak daun pandan .

Sunday, 18 April 2010

Kuih Buah Melaka

Phewh....semalam petang, tertunailah sudah janji lilly hendak buat kuih buah melaka pada Ammar. Setelah 2-3 minggu rasanya. Kenapa lama sangat hendak tunai janji? Ammar request buat kuih buah melaka apabila tiba hari Khamis. Nanti mom buat esok ye, pinta Ammar. Tengoklah kalau mom tak penat, jawab lilly. Biasanya bila hari Jumaat mood memasak kuih itu kurang atau tiada langsung. Pastu terus lupa sepanjang minggu itu dan Ammar pun tak minta.

Cerita yang paling kesian berlaku pd Ammar masa pergi house warming rumah kak Zura last Wednesday. Sampai-sampai rumah kak Zura, Ammar terus cakap nak makan. Tapi oleh kerana acara makan belum bermula (kaum bapa sedang baca Yaasin masa tu) lilly suruh tunggu. Masa lilly tengah berborak lepas makan, Ammar datang dengan muka sedih dengan tangan memegang pinggan yang berisi kuih lopes (dah makan suku). Mom, kenapa kuih ni takde yang tengah dia. Mula-mula blurr...pastu terus paham maksud dia. Rupa-rupanya, Ammar ingatkan kuih lopes tu kuih buah melaka. (Rupakan lebih kurang sama. Warna hijau ada putih-putih. Cuma size je berbeza). Rasa nak gelak pun ada...kesian pun ada. Patutlah nak terus makan, dia ternampak kuih lopes yang disangka kuih buah melaka. Sayang Ammar!

Kuih buah melaka yang lilly buat sedikit berbeza kerana ada letak tepung gandum. Rasa dia akan sedikit kenyal dan lembut. Takdelah bila makan semata-mata rasa tepung pulut.


Buah Melaka aka Onde-onde

Bahan-bahannya:
2 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
1 cawan jus pandan (lilly buat 1 cawan air+2-3 titik perwarna hijau+ 1 sb pati pandan)
1 ketul gula melaka @ secukupnya- dipotong kecil-kecil
1/2 biji kelapa muda parut [ambil bahagian putih sahaja]
sedikit garam
*Air jus pandan boleh kurangkan 1 sudu besar jika tidak mahu melekat sangat ditangan.

Cara membuatnya:
  1. Masukkan tepung pulut dan tepung gandum di dalam satu bekas. Letak air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel dan lembut.
  2. Ambil secubit adunan (ikut size yang kita suka) dan leperkan. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup dan bulatkan.
  3. Panaskan air di dalam periuk agak-agak tinggi airnya bebola itu boleh timbul. Masukkan bebola pulut tadi di dalam air mendidih. Angkat bebola kuih apabila telah timbul dan toskan dalam tapisan.
  4. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam. Hidangkan.

Sup Tauhu Sayur


Love tauhu! Tapinya dalam rumah ni hanya lilly je yang suka tauhu. MH masak tauhu macam ni lagilah tak boleh makan tauhu tu. MH yang bergoreng sambal boleh terima lagi. Anak-anak masa suap dalam mulut boleh makan. Tapi bila dah nampak tauhu dalam pinggan dan tanya itu apa...terus tak nak makan. Last-last lilly sorang je la makan tauhu itu semalam. Sup tauhu sayur ni sesuai untuk orang diet.


Sup Tauhu Sayur

Bahan-bahannya:
4 ketul tauhu - dipotong 2
1 biji bawang besar size sederhana - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1/2 cm halia dihiris
1 batang carrot -dipotong bulat/serong
4 kuntum bunga kobis -dipotong sederhana
1/2 biji tomato - dibelah 2
seikat sayur paksoy - dipotong
1/2 kiub perisa ikan bilis
1 liter air
1 sb garam
daun bawang
bawang goreng


Cara membuatnya:
  1. Panaskan periuk dengan sedikit minyak. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Goreng sedikit sehingga naik bau. Masukkan tauhu dan goreng sekejap.
  2. Masukkan air dan tunggu sehingga mendidih. Masukkan carrot dan kiub perisa ikan bilis. Tunggu hingga carrot lembut sedikit.
  3. Masukan bunga kobis, tomato dan dan garam dan biar sekejap. Rasa masin dan tambah garam jika perlu.
  4. Akhir sekali masukkan sayur paksoy, kacau dan tutup api. Tabur bawang goreng dan daun bawang sewaktu menghidang jika suka.

Friday, 16 April 2010

Kuih Lapis Serikaya Coklat

Rabu lepas cuba buat kuih lapis serikaya coklat resepi dari kak Fida di MyResepi. Untuk di bawa ke jamuan house warming kak Zura. Tapinya kuih lapis lilly warna dia hijau sebabnya lilly guna tepung hoen kwee hijau. Macam mana ntah boleh terbeli tepung yang warna hijau masa balik Malaysia. Masa geledah kabinet cari tepung hoen kwee ...tiga-tiga bekas yang jumpa semuanya warna hijau. Nak buat camne, dalam otak memang nak buat kuih ni. Mana ada tepung hoen kwee di Riyadh ni, pakai jelah apa yang ada.

Lilly letak pewarna hijau pada sebahagian adunan dan lagi letak choc emulco ganti serbuk koko. Sebabnya tak confident nanti bahagian warna choc jadi apa bila pakai serbuk koko. Choc emulco kan warna dia gelap sikit. Nasib baik bahagian warna choc nampak cantik.Lilly kukus dua kali untuk satu bancuhan kuih ni. Pertama kali, lilly pakai loyang. Loyang lilly takdelah besar sangat.Tu terpaksa kukus kali kedua dgn bekas lompang yang kecil-kecil.

Suka sangat kuih lapis yang dikukus dalam bekas lompang. Comei...next time rasanya bila buat kuih lapis nak layer dalam bekas lompang je. Masa kukusan pun tak lama sgt. Cuba nengok gambar kuih lapis yang dipotong. Perasan tak ada 3 layers je. Actually dia ada 4 layers. Layer yang bawah sekali warna hijau dia melekat sikit dekat loyang dan tak melekat dengan layer warna coklat. So lilly tinggalkan je layer hijau tu dalam loyang bila time potong....ishh..ishh..ishh.





Kuih Lapis Serikaya Coklat
Kak Fida MyResepi


Bahan-bahan ( loyang 10x10 inc.)
300 g tepung gandum*- (3 cwn rata dan keluarkan 3 sb rata)
60 g tepung hoen kwee*- (6 sb rata)
360 g gula halus* - (1 3/4 cwn rata)
2 biji telur*
1500 ml santan* (akak guna 500ml santan kotak+1050ml air)
1/2 sk garam*
50 ml santan (ambil dr santan yg tlh di sukat)
25 g serbuk koko - (4 sb rata)
sedikit pewarna kuning


Cara-cara:
  1. Satukan kesemua bahan2 yg bertanda * dlm sebuah mangkuk dan kacau rata.
    Serbuk koko dan 50ml santan dibancuh dan ketepikan.
  2. Adunan (1) tadi ditapis dan dibahagi 2 bahagian,1 diwarnakan kuning dan 1 lagi dicampurkan dgn campuran koko dan tapis.
  3. Panaskan loyang yg bergris dalam kukusan dan tuang adunan kuning dan kukus selama 5 min.
  4. Tuang pula adunan koko atas lapisan kuning,tanpa mengeluarkan loyang,dan kukus selama 5 min.dan lakukan dgn mengukus adunan selapis2 berselang-seli warna hingga habis dan kukus lapisan terakhir selama 15-20 min. agar kuih masak keseluruhannya.Biar kuih sejuk di dalam loyang dan bolehlah dipotong kecil dan disajikan.
  5. Note: Lilly blend semua bahan-bahan kecuali choc emulco dan perwarna hijau.






Nasi Beriani Daging


Maaf la ye sebab selalu buat siaran tertunda. Busy maklumlah dah pergi sekolah. Nasi beriani daging ini lilly masak hari isnin lepas. Tercapai juga hasrat hendak cuba masak nasi beriani. Sebenarnya hasrat hendak masak nasi beriani ni sudah lama disimpan. Setahun yang lepas...bila tengok kawan-kawan dekat rumah ni masak nasi beriani. Tak percaya? Kena percaya juga...if you know me..hihih.

Rempah beriani yang lilly beli punyalah dah lama juga...rasanya sebaya dengan angan-angan lilly. Ada 3 kotak rempah beriani dalam kabinet dapur tu. Bila beli grocceries ...teringat nak buat.. beli lagi satu kotak. Sebabnya takut dah expired. Tapi alhamdulillah semuanya masih belum expired...masih boleh dipakai.

Lilly masak nasi beriani rempah Mehran yang dibeli di sini. Rempah beriani ni tempat pengeluarannya adalah di Karachi, Pakistan. Lilly ikut sebiji biji resepi atas kotak tu. Senang juga hendak masak nasi beriani ni. Rasa memang sedap...bukan perasan sendiri tau..tapi kenyataan...

Tapi yang sedihnya, MH hanya makan sikit je sebab dia balik kerja pukul 3.00 pagi. Orang kuatlah katakan...busy memanjang. Itupun jamah nasi tu esok paginya waktu breakfast. Lauk daging briyani hanya dapat dimakan malam esoknya.


Nasi Beriani Daging

Ingredients:
1 1/2 - 1 kg meat (cubed)
8 cups Basmati rice (washed & soaked in hot water for 30 minutes)
4 / 250g onions - finely sliced
4 /300g tomatoes - chopped
4 /350g potatoes - peeled & halved
10g ginger (paste)
40g garlic (crushed paste)
1 cup yogurt
Oil/ghee
1 packet Mehran Biryani recipe mix

Cooking instructions:


  1. In hot oil/ ghee fry onion till golden brown. Add tomatoes and fry till the tomato juice nearly dries up. Add meat, yogurt, ginger, garlic, potatoes and Mehran Biryani Recipe Mix.
  2. Fry for 20 minutes. Add 1 to 2 cups of water and cook on low heat till the meat is tender. Increase heat to dry excessive water if necessary.
  3. Separetely. In 8 glasses of boiling water add 2 tablespoons of salt and the soaked rice. boil the rice until nearly done and almost tender. Remove from heat and drain the water.
  4. Spread the cooked Meat Briyani over the rice in layers. Cover the pot and cook on low heat till the rice is completely done. Mix the Briyani and serve.
  5. Note: Utk nasi, lilly masak 3 cawan je. Lilly tumis dulu 4 sekawan dan bawang merah yang diris halus dengan sedikit minyak. Baru dimasukkan beras yg telah direndam dengan air panas. Lilly masukkan juga 1/2 cawan susu dan kacau. Pastu baru transfer masak atas rice cooker.
  6. Lilly hanya ambil separuh lauk briyani utk dilayerkan dengan nasi yang baru masak. yang lagi separuh buat lauk.


Daging Briyani.


Inilah depan n belakang kotak.

Saturday, 10 April 2010

Lemon Chicken


Dinner hari ni lilly masak chineese style....lemon chicken. Bahasa melayunya ayam bersos lemon. Mentang-mentang dalam fridge banyak buah lemon...ku masak lemon chicken. Senang sebenarnya masak chineese style berbanding masak cara melayu. Pada pandangan peribadi lilly. Masakan melayu banyak mengunakan bahan seperti serai, lengkuas, halia etc. Pastu banyak yang pakai santan.

Sapa yang memang tekak melayu rasanya tak boleh masuk kot sebab masam dia rasa lain sikit. Bukan masam asam pedas tau..tapi rasa lemon :D. Lilly belajar makan n masak chineese style ni pun bila dah kahwin dengan MH. Nasib baiklah tekak ni boleh terima dan ingin mencuba.


Lemon Chicken

Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam - bersihkan dan dipotong size sederhana
1 biji telur
sedikit lada sulah
3 sudu besar tepung jagung
1 biji bawang besar - dipotong baji
1 sudu besar minyak masak
hirisan buah lemon

Untuk sos
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 biji lemon - diperah ambil airnya
1 sudu besar pati jus lemon
3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/4 cawan air


Cara membuatnya:
  1. Pukul telur di dalam bekas hingga kembang. Masukkan lada sulah. Gaul ayam dan perap selama 10 minit. Salut ayam dengan tepung jagung sebelum menggoreng ayam. Goreng ayam hingga masak dan kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  2. Masukkan semua bahan untuk sos di dalam bekas. Kacau. Ketepikan.
  3. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Masukkan bawang besar dan goreng hingga kekuningan.
  4. Masukkan bahan sos, sedikit air, hirisan lemon dan garam gula secukup rasa. Masukkan ayam dan gaul rata. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

Steamed Eggs (Gye Ran Jjim)


Pagi tadi jenguk blog kak Sidah, then ternampak her entry about egg rolls. Kak shidah ada post sekali link video nak buat egg rolls tu. Dalam video tu ada tunjukkan sekali hendak buat steamed eggs pakai microwave. Apa lagi tengahari tadi lilly pun masak steamed eggs or 'gye ran jjim' untuk lunch Ammar n Aisyah. Tapi telah diubah suai mengikut kesesuaian. Tak sangka anak-anak lilly suka sangat. Lain kali boleh buat lagi bila malas nak masak...hahahahh.

Steamed Eggs

Bahan-bahannya:
3 biji telur
1 bawang besar - didadu
segenggam daun bawang - dihiris
sedikit cili - dihiris
1 1/2 sudu besar kicap manis
1/2 cawan air
sedikit garam

Cara membuatnya:
Masukkan semua bahan di dalam mangkuk tahan panas dan pukul. Masak di dalam microwave selama 5 minit. Keluarkan dan boleh dihidang.

Nilah video yang dipost dalam entry kak Sidah. Tq kak shidah. Egg rolls InsyaAllah coming soon.


Ikan Bawal Hitam Masak Tomato


Lama rasanya tak makan ikan bawal hitam. Sebabnya susah nak jumpa ikan bawal hitam di Riyadh ni. Yelah...lagipun lilly beli ikan di hypermarket bukan di pasar. Kalau di pasar mungkin lilly akan jumpa ikan bawal yang tersesat...bolehlah beli buat lauk.
So apa lagi, lilly pun masak tomato ikan bawal ni semalam. MH makan tak ingat...Aisyah suka kuah tomato dia.


Ikan Bawal Hitam Masak Tomato

Bahan-bahannya:
2 ptong ikan bawal - dibersihkan
2 bawang besar size sederhana-dikisar halus
3 ulas bawang putih - dikisar halus
2 sudu besar cili kisar
4 sudu besar pes tomato
1 sudu besar soso cili
1 biji tomato -dibelah 4
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar gula
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
  1. Goreng ikan bawal, angkat dann toskan minyak.
  2. Panaskan kuali dengan minyak masak. Tumiskan bahan kisar hingga kering. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga garing.
  3. Masukkan pes tomato dan kacau. Masukkan sedikit air dan sos cili. Kacau. Masuk tomato.
    Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.
  4. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng. Gaul rata. Tutup api dan sedia dihidang.

Friday, 9 April 2010

Kuih Bakar Kak Ton

Lama tak buat kuih bakar. Kali ini lilly buat kuih bakar Kak Ton pulak. Famous resepi kuih bakar kak Ton di Riyadh ni. Terima kasih banyak-banyak pada Nor kerana posting resepi ini di Notes FB. Lilly CNP buat koleksi resepi...hihihh.

Kuih bakar ni memang sedap berlemak. Habislah diet sapa yang tengah diet iteww.


Kuih Bakar Kak Ton

Bahn-bahannya:
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa)- lilly pakai 2 cawan air + 100g serbuk santan
3 cawan jus pandan (10 helai daun pandan diblend) -@ 1 sk pandan elmulco
1 cawan gula pasir
3 biji telur
2 sudu besar marjerin
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil pewarna hijau

Cara membuatnya:

  1. Panaskan oven pada suhu 180c
  2. Gaul semua bahan sehingga sebati. (lilly masukkan semua bahan dalam blender, blend hingga sebati).
  3. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah di sapu minyak.
  4. Bakar selama 1 jam, setelah 30 minit taburkan bijan dan bakar lagi 30 minit atau sehingga masak.Sejukan dulu baru potong.

Monday, 5 April 2010

Ikan Tenggiri Asam Rebus


Rasanya ini pertama kali lilly masak ikan asam rebus. Makan? Pernah makan sekali je masak asam rebus ini semasa balik bercuti semester di kampung Muar. Arwah atuk Zah yang masak. Ikan asam rebus ni masakan kampung. Kalau sapa yang duduk bandar memanglah jarang masak style camni...betul ke?

Nak tahu tak kenapa tekak ini tiba-tiba teringin hendak makan ikan asam rebus? Ini semua apabila lilly ternampak gambar ikan kembung asam rebus dalam majalah masakan lama yang diberi kawan. Sedap dimakan dengan nasi panas.


Ikan Tenggiri Asam Rebus

Bahan-bahannya:
2 keping ikan tenggiri

Bahan dikisar halus
1 bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2-3 cili merah

1 batang serai
1-2 keping asam keping
1 biji tomato - dibelah 4
1/4 biji nenas - dihiris nipis
1 kiub perisa ikan bilis
garam secukup rasa
1 liter air


Cara membuatnya:

  1. Masukkan bahan kisar dan air ke dalam periuk. Masukkan asam keping dan serai. Rebus selama 30 minit dengan api sederhana.
  2. Masukkan tomato dan nenas. Biarkan seketika.
  3. Masukkan ikan dan perisa ikan bilis dan garam secukup rasa. Masak sehingga ikan masak. Tutup api dan sedia dihidang.


Saturday, 3 April 2010

Sambal Telur


Lauk tambahan yang mudah dimasak dan membuka selera. Yummy...


Sambal Telur

Bahan-bahannya:
5 biji telur - direbus dan dibuang kulit
2 bawang besar size sederhana-dikisar halus
3 ulas bawang putih - dikisar halus
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar pes tomato
sedikit air asam jawa
1 labu bawang - dibelah 6
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar gula
garam secukup rasa

Cara membuatnya:

  1. Panaskan kuali dengan minyak masak. Tumiskan bahan kisar hingga sedikit kering. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga garing.
  2. Masukkan pes tomato dan kacau. Masukkan sedikit air asam jawa dan kacau. Tunggu hingga mendidih.
  3. Masukkan belahan bawang besar. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.
  4. Akhir sekali, masukkan telur rebus. Gaul rata. Tutup api dan sedia dihidang.


Wednesday, 31 March 2010

BUBUR SUM-SUM MARBLE


Ammar request lilly buat bubur sum-sum semalam. So tengahari tadi lilly pun buat bubur sum-sum sebelum Ammar balik sekolah pukul 2.30 petang.Bubur sum-sum ni kegemaran anak-anak lilly...mungkin kerana di makan dengan air gula melaka.

Bubur sum-sum ini sudah kali ke-4 lilly buat bulan ni. Tapi tak dapat upload resepi kerananya kamera lilly hilang semasa mahu pulang dari Mekah. Banyaklah juga pic food dalam kamera tu...pic birthday Aisyah.. dah takde rezeki.


Bubur Sum-Sum Marble


Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung kanji/ubi
5 cawan santan pekat (lilly letak 2 pek santan segera S&P* + 5 cawan air)
1 sk garam
1 sudu besar emulco pandan
1 helai daun pandan (jika suka)
(Kurangkan santan sikit jika tidak mahu berlemak sgt)

Air gula melaka:
1 ketul gula melaka
3 cawan air
1/2 cawan gula
(Masak semua bahan di atas. Tambah gula jika perlu)



Cara membuatnya:
  1. Blend semua bahan-bahan diatas kecuali pandan emulco. Masak bancuhan itu di atas api sederhana kecil sehingga likat dan meletup-letup. Tutup api dan ketepikan.
  2. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian letak pandan emulco dan kacau rata.
  3. Masukkan adunan berselang-seli buat marble ke dalam bekas kecil atau nak senang masuk je dalam loyang besar. Sejukkan. Hidangkan bersama air gula melaka.

DAGING MASAK MERAH

Tiba-tiba tekak ni nak makan daging masak merah. First time buat daging masak merah masa bulan puasa 2 tahun lepas. Lamakan tak masak daging ... sebabnya MH lebih suka daging dimasak sup.
Resepi ini diambil dari blog kak jeni. Resepi yang sama first time buat daging masak merah. Senang nak buat dan sedap.


Daging Masak Merah
Sumber : Azie Norazie dari Kak Jeni

Penyediaan
Daging 1kg daging batang pinang - jgn potong, biar seketul besar atau biar dlm 1/2 x 2. [Rebus hingga empuk - air jgn buang]

Cara
Dah empuk, hiris nipis. Goreng hingga agak-agak separa garing..dlm masa yg sama, letakkan pewarna merah setengah penutup. Ratakan pada daging itu. Angkat , ketepikan.

Bahan kisar
1 1/2 biji bawang besar
8 biji bwg putih
3-4 btg cili kering [ikut suka pedas]

Bahan lain
2 btg lada merah - hiris serong
2 biji bawang india - hiris kasar
Daun sup - potong kasar
3 sudu sos tiram
4 sudu sos cili [ikut suka rasa]
3 sudu besar sos tomato - lilly tambah
2-3 sudu gula [ikut suka manis]
Garam secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung + air

Cara-cara:
  1. Tumis bahan kisar hingga garing dan wangi, masukkan sos cili dan sos tiram, gula, garam. Kacau sekejap.
  2. Masukkan air rebusan daging ikut suka kuah banyak mana.
  3. Masukkan daging, air tepung jagung. Bila dah cukup agak likat kuah, masukkan bawang india, lada hiris dan daun sop. Agak-agak layu sahaja tutup api.
  4. Siap utk hidang.

BUN PANDAN (Onigiri MyResipi)


Semalam petang buat bun pandan. Mood buat rotikan dah kembali...hihih. Lagipun roti sosej dah habis kena ngap.
Lilly buat bun pandan ..resepi yang dah simpan lama berangan nak buat....finally hari semalam baru buat. Resepi dari Onigari, My Resipi. Pandai-pandai je Lilly tambah susu pekat manis...supaya bun lagi gebu seperti kawan lilly Nur selalu buat. Alhamdulillah bun tu tetap menjadi. Lembut dan gebu.
Lilly letak inti kaya dan ada juga yang dibiar kosong.


Bun Pandan

Bahan-bahan: ( menghasilkan 16-18 biji bun )
250 gram tepung roti *
50 gram tepung gandum * (lilly pakai 300g tepung gandum)
1 biji telur
140ml air suam
4 gram yis ( 1 sudu kecil)
2 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin atau butter
1/2 sudu kecil garam
beberapa titik pewarna hijau atau b0leh juga guna pes pandan
1 sudu kecil dough softner atau bread improver
lilly tambah 1 sk susu pekat manis

Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan dlm bekas adunan dan uli hingga lembut dan tidak melekat pada tangan, klu ade breadmaker pilih menu dough dan tekan On je. Kemudian biarkan doh naik dua kali ganda.
  2. Selepas itu, tumbuk doh utk keluarkan angin, uli dlm dua tiga minit dan bahagi doh pada 16 bahagian. biarkan seketika lebih kurang 8 hingga 15 minit.
  3. Kemudian letakkan inti kaya pandan dan tutup doh, atur doh tadi diatas dulang pembakar dan biarkan doh naik dua kali ganda, lebih kurang 40 minit .
  4. Semburkan air dipermukaan doh dgn spray dan bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit. sejukkan atas redai dan boleh lah dimakan. Bun ni akan lembut je sentiasa.
    amat sesuai dijadikan sarapan atau minum petang. Selamat mencuba.

Tuesday, 30 March 2010

BASIC BREAD RECIPE (Roshayati Johari)

Mood meroti telah kembali...:D. Setelah hampir 2 bulan setengah lilly tak buat. Musim sejuk pun dah habis...cepat sikit roti lilly naik. Many thanks to Nur kerana telah mengembalikan semangat lilly hendak buat roti. Roti sosej mu memang lembut and gebuss...

Resepi ini lilly dapat dari Nur...beremail FB..setelah menanya resepi roti yang dia selalu buat. Nur bagi 2 resepi. Siap tanya resepi mana yang the best tu. Ni jawapannya hehehe..pada saya sama jer...takder beza. only beza byk tepung nak guna tu jer. klu saya nak buat adunan yg byk saya guna yg no 2. klu nak sikit saya guna yg no 1.roti sosej yg saya bawak rumah ruzie masa morning coffee tu hari saya guna yg no 2. tapi klu ruzie takut nak try yg no 1 , saya syorkan yg no 2 tu sebb timbangan air tu dah betul tu. Jadinya Lilly buatlah roti resepi no 2. Resepi CNP dari email fb Nur. InsyaAllah next week, lilly buat resepi no 1 pula.

Sekejap je roti tu habis...tak sampai sehari. Selalunya boleh simpan 2 hari. Maklumlah dah lama tak buat roti.


Basic bread Recipe (Roshayati Johari)

Ingredients :
(A)
500g bread flour/high protein flour ( tepung biasa jer)
100g sugar
1 teaspoon salt
30g milk powder
1 teaspoon bread improver (optional)
1 teaspoon bread softener (optional) ( tak letak sebb tak der tapi still lembut w/pun tak letak)
4 teaspoons instant dry yeast
2teaspoons susu pekat**

(B)
250ml water
1 egg (lightly beaten)

(C) - saya guna butter jer 80gm
40g butter
40g shortening

Method : - saya campak jer semua bahan dlm bread maker.

  1. Mix well all ingredients in (A).
  2. Add (B) into (A) and knead till smooth.
  3. Add (C) and continue kneading till smooth and shiny and dough does not stick to your hand.
  4. Leave to prove for 30 - 40 minutes.
  5. Punch down the dough to let the air out.
  6. Divide the dough according to the weight you wish. Make into balls and leave to rest for 10 minutes.
  7. Shape accordingly. Lilly letak sosej dan juga kaya.
  8. Leave to prove for 40 minutes - 1 hour.
  9. Bake till golden brown

    P/s:** susu pekat tu saya tambah. Klu takder pun tak aper tapi pada saya kurang sikit gebunya klu takder susu pekat.

Wednesday, 24 March 2010

DONUT NUR



Di Riyadh ni kalau sebut donut Nur...semua orang tahu...lembut dan gebu. Sekejap je licin bila Nur bawa donut ini ke jamuan makan...budak-budak memang suka ...mak-mak n bapak-bapak pun kadang-kadang tumpang sekaki.
Inilah baru pertama kali cuba buat donut resepi Nur Lokman ni. Selama ini tahu makan je...Memang lembut donut ini...walaupun makan esok paginya.

Donut Nur Lokman

Bahan-bahannya:
300gm tepung gandum
3tbsp gula halus
3tbsp susu tepung
3tbsp mentega atau majerin
1tbsp shortening (optional)
2tsp susu pekat
2tsp yeast
1biji telur
140ml air suam

Cara membuatnya:
  1. Guna bread maker: Campak je semua bahan dlm mesin tu. Tunggu sampai habis. Bentukkan atau buat bulat n tunggu naik sekali ganda barulah di goreng.
  2. Kalau guna tangan uli sampai tak melekat di tangan sampai elastik.Kemudian perap selama 30minit atau naik sekali ganda baru lah bentuk. Bentukkan donut biarkan naik sekali ganda lagi baru lah di goreng

p/s: adunan mmg sedikit lembik. so kena guna extra tepung utk membentuknya.

Saturday, 20 March 2010

KUIH BAKAR PISANG


Lama rasanya lilly tak cuba resepi baru dan buat kuih minum petang sejak dah bersekolah. Jadinya lilly telah cuba buat kuih bakar pisang tengahari tadi....sayangkan pisang yang dah 'menopouse' tu bak kata kawan lilly.
Senang dan sedap. Lilly intai resepi ni dari blog kak Ummi.....my fav blogger. Resepi asal dari dapur Cikgu Zana.


Kuih Bakar Pisang
Bahan-bahan:-
1 sisir pisang masak (6-8 biji pisang berangan)
1 cawan tepung*
3/4 cwn gula*
1 cwn santan*
1 cwn susu sejat/cair* (Lilly guna long life milk)
1 biji telur*
2 sudu besar butter*


Cara membuatnya:-
  1. Blend semua bahan bertanda*. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
  2. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter. Bakar pada suhu 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang best.
  3. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi bestt!!



Friday, 19 March 2010

KARI IKAN TENGGIRI

Rasanya semua orang tahu masak kari ikan kan? Tapi percaya tak lain orang masak lain rasanya...lagi satu lain negeri lain rasanya. Ada yang suka letak santan sikit...ada yang tak letak santan....ada yang tak letak santan tapi digantikan dengan susu...macam-masam style

Kari Ikan Tenggiri

Bahan-bahannya:

2 keping ikan tenggiri- dibersihkan
5 sudu besar rempah kari daging (lilly guna Baba's), bancuh dengan sedikit air
6-7 batang bendi
1 biji tomato
2 cili merah/hijau
1 liter santan cair
250 ml pati santan
sedikit air asam jawa (secubit asam jawa)
1 sudu besar perahan lemon
garam secukup rasa
sedikit gula pasir
3 sudu besar minyak masak

Bahan kisar
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*

Bahan tumis:
3 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
3 pelepah daun kari
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil biji sawi

Cara-cara:-

  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumis hingga harum. Kemudian masukkan bahan kisar dan goreng hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kari dan masak hingga terbit minyak. Masukkan santan cair dan biar mendidih. Masukkan ikan.
  3. Masukkan tomato, cili merah/hijau dan bendi. Biar mendidih.
  4. Masukkan air asam dan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan tuang santan pekat. Masak dengan api sederhana. Perah sedikit lemon jus anggaran 1 sudu besar. Rasa lagi kuah secukup rasa dan boleh matikan api.

Wednesday, 17 March 2010

UMRAH WITH AYAH N MAK


Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT. Satu memori yang terindah buat MH dan juga lilly pada 10 March 11.00 malam kerana dapat menunaikan ibadah umrah bersama-sama ayah dan mak. Bagi mak mungkin juga antara yang terindah kerana dapat menunaikan solat sunat di Hijir Ismail.

Kami sekeluarga berada di Mekah selama 4 hari 4 malam dan pulang ke Riyadh pada 14 Mac 2010. Ramainya orang di Masjidil Haram kedatangan kali ini. Ini kerana visa umrah telah dibuka untuk umat islam di seluruh dunia.

Doa lilly semoga lilly dapat menunaikan umrah bersama abah dan mak lilly pula . Amin.


Pic selesai umrah.


BLOG..OH..BLOG

Arrgh!!!! Rasa lamanya tak update blog...bukan maksudnya lilly tak masak...tapi alasan biasa malas hendak ambik pic...lagipun lilly busy mengemas rumah apa yang patut nak menyambut kunjungan ayah n mak MH. Ada 2-3 resepi baru yang lilly cuba dan hasilnya memang sedap...tapi tak de masa hendak upload resepi.

Lilly sekarang ni bergelar seorang pelajar Dar Al Zikr..sekolah perempuan dewasa untuk non-arabic speaking. Kelas dua hari seminggu iaitu hari Ahad dan Selasa. Sekolah bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Oklah kan..anak-anak pergi sekolah...mak pun pergi belajar sama. Dapatlah lilly belajar al-Quran dan bahasa Arab.

Terima kasih tak terhingga kepada kawan-kawan yang memberi perangsang supaya belajar di Dar al Zikr. Especially to Kak Jeni, Yan dan Kak Arina. Bila pikir balik memang rezeki lilly belajar di sekolah tu. Macam2 yang berlaku...mula2 hati ni nak belajar...lepas tu berat sebab pikirkan yang Aisyah kena tumpang rumah jiran sekejap lepas balik sekolah...bila datang balik semangat...problem transport la pulak...pastu dah ok..bila time nak register admin kata dah penuh..registration dah tutup. Rasa nak menangis masa tu tapi control. Masa dah nak balik terjumpa Yan..dan dia bawa jumpa manager dan alhamdulillah lilly diterima masuk. Nak tahu tak yang Lilly pergi sekolah pakai niqab tutup muka hanya nampak mata je dan semua hitam ...macam perempuan arab.





P/S: Rasanya lepas ni kuranglah sedikit aktiviti memasak resepi baru.

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails